Nak Myvi nampak lebih laju? Tempah bampar depan GR dari JW Bodykit!

oleh Mohamad Hanif|
Kredibiliti dan populariti Perodua Myvi sebagai kereta terpantas di Malaysia tidak perlu dinafikan lagi, malah ketika Perodua mendedahkan model konsep Myvi GT kira-kira tiga tahun yang lalu, ramai juga yang tidak tentu arah walaupun ia tidak pernah direalisasikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak pun lama selepas UMW Toyota melancarkan model GR Yaris, pakar manipulasi imej Theophilus Chin mula menunjukkan imej rendering Myvi yang dipasang dengan bampar GR Yaris, dan idea ini pantas dihidu oleh pakar pembikin kit badan, JW Bodykit.

Ya, seperti yang anda lihat, kit bampar hadapan yang dihasilkan oleh JW Bodykit sudah pun siap, dan sedia untuk dijual kepada para pemilik Myvi yang mahu menjadikan 'hot' hatch mereka lebih pantas dan garang.

Buat masa ini, hanya bampar hadapan sahaja yang ditawarkan di mana ia diperbuat daripada bahan gentian kaca.

Untuk menempah, anda boleh menghubungi sendiri laman Facebook JW Bodykit untuk mendapatkan sebut harga.