Nak mengangkut barang? Cari Geng Pengangkut SeMalaya

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda nak pindah rumah tapi rasa tak berbaloi nak sewa lori kerana barang sikit? Motosikal rosak atau kemalangan semasa dalam perjalanan? Jangan risau, hubungi sahaja Geng Pengangkut SeMalaya (GPS).

 

GPS sebenarnya menyediakan perkhidmatan mengangkut barang dengan jentera trak pikap pacuan empat roda 4x4, Ford Ranger.

 

Perkhidmatan mengangkut GPS ini diusahakan oleh Danial Ali Bin Mohd Tajuddin sudah lebih kurang empat bulan dan mendapat sambutan baik dari pelanggan.

“Saya faham kesusahan dan kerumitan proses untuk mengangkut barang semasa saya nak pindah rumah dahulu. Dari situ datang idea saya untuk menawarkan khidmat mengangkut barang dengan trak pikap saya ini” kata Danial.

 

Selain itu, Danial juga pernah menunda motosikal bersama rakan beliau. Oleh kerana sedar akan bahaya untuk menunda motosikal rosak, beliau ingin menawarkan khidmat mengangkut motosikal rosak dengan trak pikap yang lebih menjamin keselamatan.

 

Servis yang ditawarkan;

  • Angkut barang untuk berpindah rumah/ pejabat
  • Hantar motosikal ke mana-mana lokasi
  • Mengangkut motosikal rosak atau kemalangan
  • Hantar barangan perniagaan kepada pelanggan
  • Hantar penumpang ke lapangan terbang yang membawa barang yang banyak dan tidak muat dibawa dalam teksi atau kereta.
  • Servis hantar ke lapangan terbang
  • Membawa apa-apa sahaja barangan yang sesuai dan muat dalam trak pikap.

 

Lokasi penghantaran

Berpusat di Kuala Lumpur. Boleh membuat penghantaran di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

Untuk tempahan

  • Penghantaran dalam kawasan Kuala Lumpur, tempahan perlu dibuat sehari sebelum penghantaran.
  • Jika luar Kuala Lumpur, tempahan perlu dilakukan dua atau tiga hari sebelum penghantaran.

 

“Kami sangat mementingkan keselamatan barangan yang kami hantar dan sangat teliti dalam proses pemindahan” kata Danial.

 

Untuk menempah dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Danial di talian 019-9336492 atau ke laman Facebook https://www.facebook.com/RangerTransporter/