Nak memandu masuk bulatan? Rasa was-was? Ini kaedah melaluinya

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bulatan
Bulatan
Pernah tak anda rasa seriau untuk memasuki bulatan yang sibuk? Pernah tak anda menunggu lama di belakang kenderaan lain sebelum berjaya ke hadapan?

Atau apabila sudah bergerak tiba-tiba sahaja kenderaan lain terus memancung kereta anda?

Kebiasaannya inilah senario yang berlaku di bulatan terutama sekali pada waktu puncak. Di bulatan juga keadaan trafik boleh menjadi terlalu sesak sehinggakan anggota polis perlu mengawalnya.

Bagi melalui bulatan dengan lancar biasanya datang dari pengalaman dan kemahiran yang dibina selama bertahun-tahun.

Disebabkan itu masih ada yang masih teragak-agak atau kurang arif ketika melalui bulatan. Senario itu bukan sahaja berlaku di negara kita. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Roundabout

 

Ada satu kajian yang dilakukan oleh Axa di Sepanyol mendapati bahawa dua daripada tiga pengguna tidak tahu melalui bulatan dengan cara yang betul.

Persoalan yang selalu timbul ialah siapa yang sepatutnya mempunyai laluan betul? Laluan mana yang harus diambil? Bilakah lampu isyarat perlu dihidupkan?

Berikut kami bawakan kepada anda panduan untuk memandu di bulatan dengan jaya:

Kelajuan rendah

Satu daripada keadaan tricky ialah apabila menghampiri selekoh. Mengikut kajian AXA, 54 peratus kemalangan di bulatan berlaku apabila pemandu memasukinya.

Dengan itu, tips pertama ketika menghampiri bulatan adalah memperlahankan kenderaan.

Perasan tak? Stereng kereta kita berada di sebelah kanan tetapi susur keluar dari bulatan ialah sebelah kiri.

Ada yang berasa janggal atau tidak biasa namun lama-lama anda akan bertambah mahir.

 

Roundabout

 

Beri laluan

Tips seterusnya ialah beri laluan pada mereka yang sudah berada di dalam bulatan.

Di dalam keadaan begini adalah menjadi kebiasaan untuk pemandu merasa ragu-ragu sama ada mereka mempunyai masa yang cukup bagi memasuki bulatan dengan selamat.

Untuk itu, ada pakar menyarankan supaya menunggu sehingga anda yakin bahawa ia boleh dilakukan tanpa risiko berlakunya kemalangan.

Pilih laluan yang betul

 

Roundabout

 

Paling utama ialah elakkan memotong secara mendadak atau popular dengan terma 'pancung'.

Kenal pasti susur mana yang anda tuju untuk keluar sama ada pertama, kedua atau selanjutnya. Ini bermakna dari awal lagi anda perlu merancang laluan dengan betul.

Jika anda hendak keluar mengikut susur paling jauh atau membuat pusingan U, pilih laluan sebelah dalam (laluan kanan).

Selain 'pancung' elakkan juga dari menghimpit kenderaan di sebelah kiri apabila anda mahu susur keluar dari bulatan.

Untuk kenderaan yang mempunyai teknologi canggih, fungsi Lane Assist boleh membantu anda kekal pada laluan.

Menurut Ketua Bantuan Keselamatan SEAT, Marc Seguer, Lane Assist dengan kamera depan dapat mengenalpasti tanda laluan (lane markings) seterusnya memberi amaran jika anda secara tiba-tiba terkeluar dari laluan.

Pusing sekali lagi

Apabila anda mahu keluar dari bulatan, hidupkan lampu isyarat dan pandu ke laluan sebelah luar (bahagian kiri).

Kereta di laluan sebelah luar mempunyai hak yang betul. Jika terdapat kenderaan lain yang sudah berada di laluan kiri, tips terbaik ialah pusing sahaja bulatan sekali lagi sehingga anda dapat keluar dengan selamat.

Guna lampu isyarat

 

Roundabout

 

Perkara ini jika tidak lakukan dengan betul boleh menjadi keliru dan mengelirukan. Apa yang perlu anda buat ialah hanya perlu hidupkan lampu isyarat apabila keluar dan menukar laluan.

Terlalu awal memberi isyarat membelok juga boleh mengelirukan jika susur yang mahu anda keluar menjangkaui beberapa susur sebelumnya.

Selain itu, teknologi nyalaan lampu yang lebih terang turut membantu.

SEAT Tarraco contohnya mempunyai lampu isyarat jenis dinamik di mana lampu dinyalakan dengan progresif dari bahagian tengah ke sisi lampu.      

Kekal tenang

 

Infografik pemanduan sebelah kiri. Sesuaikan dengan keadaan tempatan.
Infografik pemanduan sebelah kiri. Sesuaikan dengan keadaan tempatan.

 

Situasi di bulatan sebenarnya boleh menguji tahap kesabaran pemandu. Dengan itu elakkan membunyikan hon bagi menunjukkan rasa marah kepada pemandu lain. 

Hon boleh digunakan bagi memberi amaran jika terdapat potensi atau risiko kemalangan.

Berikut ialah beberapa fakta mengenai bulatan di dunia:

Bulatan terbanyak: Perancis.

Bulatan paling berusia: Arc de Triomphe, Perancis.

Bulatan paling rumit: Magic Roundabout di Swindon, United Kingdom.

Bulatan terpintar: Lujiazui di Shanghai, China.

Bulatan paling besar: Putrajaya! Jarak keluasan 4,500 meter persegi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Informasi
Rata-rata di antara kita tahu kekuatan jenama Volvo itu sendiri sejak ia mula menempa nama di…
Informasi
Sehingga kini, ia masih lagi berkhidmat kepada beribu-ribu pemandu di Malaysia dan juga di luar…
Informasi
Di bawah adalah antara intipati yang dapat kami kupaskan.   ya, Civic ketam kegemaran ramai! 1…