Nak lepas gian melancong ke Siam? Bolehhh, tapi...

oleh Mohamad Hanif|
Para pelancong yang gian untuk bercuti di Thailand dibenarkan untuk memohon Single Entry Tourist Visa (SETV) namun mereka kini perlu mengemukakan penyata bank enam bulan dengan baki akaun sekurang-kurangnya 500,000 THB (RM67,455).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada PattayaOne, syarat terbaharu ini telah pun disahkan di beberapa laman web kedutaan Thailand di seluruh dunia.

SETV membenarkan pelancong asing untuk menetap di Thailand sehingga 60 hari daripada tarikh ketibaan dan sah sehingga 90 hari daripada tarikh dikeluarkan.

Walaubagaimanapun, pelancong yang telah memohon SETV tidak dibenarkan untuk keluar dan melancong ke negara lain sepanjang tempoh tersebut.

Sebelum ini, permohonan SETV memerlukan penyata bank sekurang-kurangnya 20,000 THB (RM2,698) atau 40,000 THB (RM5,396) untuk setiap keluarga bergantung kepada Kedutaan atau Konsulat Thai.

Syarat baharu yang dikenakan kepada pelancong asing ini, selain daripada keperluan kuarantin, sijil kelayakan untuk terbang dan insurans kesihatan bernilai $100,000 dilihat bakal membunuh industri pelancongan Thailand.

Sumber: PattayaOne

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr. Taweesin Visanuyothin berkata pengembara…
Berita Domestik
  Kenyataan tersebut merujuk kepada keputusan Sidang Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-…
Berita Domestik
Cubaan dua wanita terbabit memasuki Langkawi dikesan polis ketika mereka ingin melintasi pos…