Nak lawan Tesla? Tingkatkan infrastruktur pengecasan, bak kata JD Power

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Tesla kini mula menerima saingan yang kian meningkat daripada para pengeluar automotif yang mula menceburkan diri dalam bidang penghasilan EV, angka jualan Tesla nampaknya tidak menunjukkan tanda penurunan.
Modenas

Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah infrastuktur pengecasan itu sendiri.

Hal ini dibangkitkan oleh JD Power menerusi kajian EV Experience Ownership Study yang mengukur kadar kepuasan pelanggan yang memiliki kenderaan elektrik.

Kajian tersebut mengambil kira beberapa faktor seperti jarak operasi bateri, bilangan stesen pengecasan umum, kos pemilikan, keseronokan pemanduan, kemudahan pengecasan di rumah, serta tahap reliabiliti.

 


Secara purata, kereta-kereta Tesla (Model S, Model 3, Model Y dan Model X) menguasai carta kepuasan pemilikan kenderaan elektrik premium, sementara dalam kategori kenderaan produksi massa, Kia Nero EV mengungguli carta tersebut diikuti Chevrolet Bolt, dan Hyundai Kona EV.

Namun, perkara yang perlu diambil kira oleh kebanyakan pengeluar adalah bilangan kemudahan stesen pengecasan.

Ini kerana walaupun kebanyakan EV sudah pun dilengkapi dengan pek bateri yang membenarkan jarak operasi melebihi 480 km, jaringan stesen pengecasan menjadi faktor penentu kadar kepuasan pelanggan ketika memiliki sesebuah EV.

 


Menurut kajian JD Power lagi, kadar kepuasan pemilikan EV premium dengan jaringan stesen pengecasan yang meluas dalah 235 mata lebih tinggi berbanding pemilikan EV tanpa kehadiran stesen pengecasan yang meluas.

Jenama pengecasan Electrify America yag dibangunkan oleh Volkswagen kini mempunyai kira-kira 538 buah stesen pengecasan yang bakal disusuli dengan 144 buah stesen baharu pada masa akan datang.

Sebagai perbandingan angka, Tesla telah pun membangunkan 2,000 unit stesen pengecasan di seluruh Amerika.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sementara itu, pengoperasian secara komersial penukaran bateri di sektor swasta akan dipergiat…
Berita Global
Mengambil inspirasi daripada sukan Formula One, E-Pit merupakan stesen pengecasan yang menawarkan…
Berita Global
Menurut informasi yang dipetik daripada pengguna Twitter @JayInShanghai, stesen pengecasan terbesar…