Nak Jimny lebih praktikal? Jimny lima pintu!

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki bukanlah satu nama yang besar jika dibandingkan dengan rakan-rakan senegara seperti Toyota, Honda, Nissan dan seangkatan dengannya.

Namun, menerusi nama dan rekaan ikonik Jimny, ia seakan menjadi satu fenomena serta menerima respon yang cukup positif dari serata dunia. 

Di Asia Tenggara, beberapa negara seperti Singapura, Filipina, Thailand dan terbaharu di Indonesia sudah pun menerima model SUV off-road kecil ini. 
 


Suzuki Jimny generasi keempat hadir dengan satu reka bentuk badan sahaja, tiga pintu dan sistem pacuan semua roda yang digandingkan dengan enjin 658 cc (64 PS) atau enjin K15B 1.5 liter berkuasa 102 PS.

Jimny secara tradisinya dari model generasi pertama hadir dengan model tiga pintu, namun bagaimana sekiranya anda mahukan sebuah Jimny yang lebih praktikal?

Nikita Chuyko, seorang artis grafik telah membuat bayangan Jimny lima pintu yang asalnya diterbitkan oleh media Russia Auto Mail. 

Secara asasnya, tiada sebarang perubahan ketara yang dibawakan, melainkan dengan menambah dua pintu ekstra bagi mewujudkan ruang penumpang belakang yang lebih selesa serta menawarkan ruang kargo yang lebih besar. 
 


Menariknya, idea ini sebenarnya menerima perhatian yang meluas dari Australia, sehinggakan pengurus besar Suzuki Australia, Michael Pachota berkata, "jika ia bermula dengan nama Jimny, kami pasti akan menjualnya!"

"Model lima pintu Jimny pasti akan meluaskan lagi demografik pelanggan kami yang mahukan sebuah kenderaan 4x4, membuktikan Jimny mampu menarik perhatian bukan sahaja mereka yang mahukan cabaran dan golongan yang mahukan kereta off-road yang comel ini.

Sebelum ini, di Tokyo Auto Salon, Suzuki turut mempamerkan sebuah model trak pikap Jimny dan Jimny Survive, namun sehingga kini masih tiada lagi perancangan untuk kedua-dua model ini memasuki fasa produksi. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun ia merupakan unit CBU yang diimport sepenuhnya dari Jepun,  harga jualan rasmi Suzuki…
Berita Global
Sebelum ini kami pernah memaparkan beberapa konsep modifikasi yang diperkenalkan oleh firma talaan…
Berita Domestik
Umum telah mengetahui, semenjak Suzuki lenyap dari pasaran Malaysia beberapa tahun yang lalu,…