Nak derma darah ketika PKP? Tiada masalah!

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, para penderma darah tetap yang memegang buku merah boleh melaksanakan tanggungjawab mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Menurut satu hantaran yang dibuat menerusi laman Facebook, Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan proses derma darah masih lagi diteruskan di bawah pengawasan SOP yang telah ditetapkan, dengan kebenaran dan kelulusan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara. 

 


Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian iaitu:

  • bawa buku merah (untuk penderma tetap) ATAU
  • dapatkan slip temujanji derma darah yang akan dihantar menerusi emel ATAU
  • isi borang pendaftaran derma darah secara dalam talian, di mana borang yang telah siap diisi akan dihantar kepada pemohon untuk dicetak.

 

 


Terdapat tiga pusat pendermaan darah statik PDN yang disediakan iaitu di:
1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin-Jumaat (7.30 pagi-8.00 malam), Sabtu, Ahad & Cuti Umum (8.00 pagi-4.00 petang)
2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin-Ahad (10.00 pagi-6.00 petang)
3. PDN Donation Suite, Midvalley Megamall, Level 3 Mezzanine
Isnin-Ahad (10.00 pagi-9.00 malam)

Para penderma dinasihatkan supaya menunjukkan buku derma darah/slip temujanji/borang pendaftaran darah online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh PKP bagi melancarkan pergerakan ke pusat derma darah.

Untuk memudahkan urusan, sila rujuk pada pautan yang disertakan di bawah:
http://linktr.ee/dermadarah