Nak cari Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS)? Ini tawaran menarik pada harga diskaun!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Axkid
Axkid
Tahukah anda kesemua penumpang di dalam kereta perlu memakai tali pinggang keledar? Ini bermaksud tidak kira pemandu dan penumpang yang duduk di depan atau belakang wajib menggunakan tali pinggang keledar.

Apabila penumpang dewasa diwajibkan bagaimana pula dengan kanak-kanak? Memangku kanak-kanak di riba bukan tindakan yang betul malah merbahaya.

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga yang memandu kereta persendirian wajib menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS).

Pihak berkuasa boleh menguatkuasakan kewajipan ini berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 135cm ke bawah diwajibkan menggunakan CRS mengikut tahap ketinggian dan berat berdasarkan peraturan UN R44 atau R129.

Bagaimanapun, kita boleh lihat di pasaran sekarang ini banyak pilihan dan aneka jenis CRS yang ditawarkan. Tidak semua CRS adalah sama kerana ia mempunyai fungsi dan perlu mengikut fizikal kanak-kanak itu sendiri.

Dalam membuat pemilihan kami di Careta bawakan kepada anda tiga pilihan yang mempunyai kelebihan tersendiri (siap diskaun untuk pembaca!).

 

1. Axkid Move (9 hingga 25kg)

Axkid Move

Perasan tak ada CRS yang menghadap hadapan (front facing) dan menghadap belakang (rear facing)?

Berdasarkan sumber dari MIROS*, kanak-kanak Kumpulan 0/0+ terdiri dari usia 0 hingga 18 bulan, mempunyai berat sehingga sekurang-kurangnya 9 kg dan digalakkan sehingga 13 kg. Tinggi kanak-kanak pula sehingga 83cm.

Jika kanak-kanak berada di dalam Kumpulan 0/0+ mereka perlu menggunakan CRS menghadap belakang dan tidak boleh diletakkan di kerusi penumpang hadapan yang mempunyai beg keselamatan (airbag) aktif dan mestilah menggunakan tiga atau lima poin harness.

Ini kerana beg keselamatan sangat bahaya untuk kanak-kanak terutamanya bayi.

Axkid Move pula direka menghadap belakang (rear facing) dan sesuai untuk digunakan bagi kanak-kanak dengan berat 9 hingga 25kg dan mempunyai lima poin harness. Tinggi kanak-kanak pula sehingga 125 cm.

*https://www.miros.gov.my/xs/page.php?s=crs-guidelines 

Axkid Move

Axkid adalah jenama dari Sweden dan di sana kanak-kanak diletakkan menghadap belakang sehingga usia enam tahun.

Disebabkan itu kita boleh lihat mengapa Move direka untuk berat 9 kg hingga 25 kg dan tinggi pula sehingga 125 cm.

Ada yang persoalkan okay ke kanak-kanak duduk menghadap belakang? Tapi sebelum itu kenapa perlu menghadap belakang?

Apabila kanak-kanak berada di dalam keadaaan menghadap belakang, risiko kecederaan di bahagian kepala, leher dan tulang belakang adalah kurang berbanding menghadap hadapan kerana car seat shell akan menyerap hentakan yang berlaku.

Sedikit tips yang boleh dikongsikan ialah keluarkan penyandar kepala di tempat duduk belakang supaya anak anda dapat melihat pemandangan di bahagian belakang.

Tips kedua ialah pastikan anak berada dalam keadaan kenyang dan kering. Jika ada individu kedua, boleh minta temani anak di belakang sambil anda memandu.

Axkid Move

Jadi apa kelebihan Move ini? Reka bentuk pun nampak kemas dan cantik dan berikut lagi ciri-ciri menarik pada Axkid Move:

 

  • Axkid Side Impact Protection (ASIP), yang dibangunkan secara bersama dengan institut pelanggaran yang diiktiraf di Jerman.
  • ASIP memberikan perlindungan sebaik mungkin apabila berlakunya impak pelanggaran dari tepi.
  • ASIP memberikan perlindungan sebaik mungkin apabila berlakunya impak pelanggaran dari tepi.
  • Pemasangan menggunakan tali pinggang keledar tiga poin, tether straps dan load leg.
  • Penyandar kepala dengan tiga pelarasan tetap, bahagian belakang boleh diubah dengan dua larasan.
  • Boleh ditanggalkan dan dibasuh.
  • Menerima anugerah Good Choice 2019 daripada Folksam, Best Cost Value dari Best-in-Test.se.
  • Lulus Swedish Plus Test untuk berat sehingga 25 kg.
  • Diluluskan mengikut piawaian ECE R44/04.

Berkenaan harga, Axkid Move dijual pada RM1,1199.00 dan kini boleh dimiliki pada nilai lebih rendah dengan diskaun sebanyak 10 peratus sebagai pembaca Careta.

 

2. snskidz Proto - Disarankan bagi kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas dan berat hingga 36 kg.

snskidz

Jika Axkid Move menghadap belakang, snskidz Proto pula jenis menghadap depan. Direka dengan bentuk langsing dan menariknya boleh ditukar kepada mod booster selepas berat kanak-kanak mencecah 18 kg.

snskidz Proto disarankan kepada kanak-kanak berusia dua tahun ke atas dengan berat dari 9 kg hingga 36 kg.

Dari segi larasan pula, penyandar kepala mempunyai enam posisi dan tiga larasan untuk harness bahu. Dengan adanya lima poin harness, kanak-kanak akan berada dalam keadaan yang selamat semasa di dalam kenderaan.  

Ibu bapa atau penjaga boleh memasang snskidz Proto menggunakan ISOFIX dan top tether atau tali pinggang keledar tiga poin.

snskidz Proto boleh dilipat dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan iaitu RM349.00.

Itu harga di pasaran dan anda boleh berjimat dengan adanya potongan 10 peratus diskaun untuk pembaca Careta apabila menggunakan kod promo dari Careta.

 

3. hifold (15 kg hingga 45 kg, disarankan untuk kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas hingga 12 tahun).

hifold

Dari pandangan pertama pun sudah jelas hifold ini berbeza daripada yang lain. Reka bentuknya tinggi dan boleh dilaras dan nampak seperti robot, dari besar kepada lipatan kecil.

hifold dipanggil sebagai highback booster dengan rekaan yang begitu inovatif dan mempunyai larasan berikut:

  • Lebar tempat duduk (tiga larasan).
  • Lebar badan (tiga larasan).
  • Lebar kepala (tiga larasan).
  • Tinggi (sembilan larasan).

Disebabkan itu hifold sangat fleksibel dan boleh digunakan untuk kanak-kanak dengan berat 15 kg hingga 45 kg dan dari 90 cm hingga 150 cm.

Maknanya anda boleh melaras empat bahagian hifold mengikut fizikal kanak-kanak berdasarkan piawaian ditetapkan.

hifold

Berikut pula keistimewaan hifold:

  • Sesuai untuk bercuti! ringan, saiz kompak dan tali yang telah tersedia pasang menjadikannya mudah untuk dibawa ke sana ke sini atau berpindah dari kereta ke kereta. Berat pula hanya 4.6kg!
  • hifold juga boleh dipasang pemegang cawan secara clip on dengan mudah. Fabriknya turut boleh dibasuh.
  • Mempunyai enam zon perlindungan impak dan empat lapisan perlindungan menggunakan bahan yang menyerap impak iaitu gabus EPE dan rangka polypropylene.

 

hifold

 

Memandangkan hifold adalah jenis booster, ibu bapa atau penjaga perlu menggunakan tali pinggang keledar sedia ada pada kenderaan yang dipandu.

Dari segi piawaian keselamatan, hifold berada dalam piawaian ECE R44/04 UNIVERSAL, 15-36 kg dan Kumpulan 2-3 (tinggi 100cm dan ke atas).

Pastikan anak anda berumur empat tahun ke atas dan berada dalam julat tersebut untuk menggunakan hifold.

Berkenaan harga, anda boleh memiliki hifold dan pemegang cawan pada RM748.00 dan khas untuk pembaca Careta, ada diskaun sebanyak 10 peratus ditawarkan.

 

Kesimpulan

CRS bukan lagi kemewahan tetapi sudah menjadi keperluan malah kewajipan mengikut undang-undang negara.

Kami di Careta faham bahawa penggunaan CRS melibatkan kos dan semoga promosi dan diskaun ini dapat membantu dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak.

Untuk mendapatkan pilihan yang kami senaraikan, layari laman web www.safensound.com.my/pages/careta10 dan gunakan kod promosi CARETA10.

Jumlah stok adalah terhad dan tawaran hanya sah sehingga 16 September 2020.

Setiap pembelian tidak termasuk kos penghantaran (anggaran RM20.00 di Semenanjung Malaysia /bergantung kepada penyedia khidmat penghantaran) dan tempoh penghantaran di antara tiga hingga lima hari bekerja.

Selamat membeli dan jangan lupa kod CARETA10!

Berita Berkenaan

Informasi
  MIROS dalam kenyataan hari ini (Sabtu) telah memaklumkan program rebat pembelian kerusi…
Berita Domestik
  Katanya, kementerian juga sedang merangka cara penyelesaian jangka panjang yang dapat melindungi…
Informasi
  Ini dibuktikan dengan jelas untuk produk Recaro di dalam kategori kerusi keselamatan kanak-kanak…