Nak buat duit? Jual EX-5 ori Thailand di pasaran Vietnam!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gempar seketika dunia apabila seorang lelaki menjual motosikal kapcai popular Honda Dream dengan harga bernilai 12 keping emas, jika ditukarkan kepada nilai semasa menyamai harga 450 juta VND (RM79,000 bro!). 

Honda Dream, atau lebih mesra dan manja digelar sebagai Honda EX-5 di Malaysia dikatakan mendapat status lagenda di Vietnam, terutama sekali apabila kenderaan tersebut pada asalnya diproduksikan di Thailand. 

Menurut sumber, pemilik yang menjual Honda Dream tersebut sebenarnya merupakan pengumpul kenderaan yang terkenal di Hanoi, dan memiliki ribuan koleksi untuk dijual kepada mereka yang berminat.

Sebelum ini, beliau juga menjual Honda Dream II yang diproduksikan pada tahun 2002 dengan harga 8 keping emas atau 300 juta VND (RM52.9 ribu). 
 


Tahukah anda, anda boleh membeli sebuah Perodua Alza 1.5 S transmisi manual pada harga yang sama? 

Walaupun model-model buatan Thailand tersebut sudah lama tidak dihasilkan, dan ada di antaranya sudah pun rosak teruk akibat dimamah usia, kondisi tersebut tidak menghalang daripada peminat tegar untuk memiliknya. 

Malah, paling busuk pun, sebuah model terpakai Honda Dream akan bermula daripada 200 juta - 400 juta VND (RM35 ribu - RM70,000). 

Jangan terkejut kerana perkara ini bukanlah suatu benda yang asing bagi penduduk di Vietnam. 

Sumber: Zing

* RM1.00 = 5,696 VND mengikut kadar pertukaran matawang semasa

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Berdasarkan perkongsian tersebut yang tersiar di akhbar Kosmo,  motosikal yang diletakkan di…