Nak beli Land Cruiser? Masa menunggu kini sekurang-kurangnya setahun!

oleh Mohamad Hanif|
Baru beberapa bulan Land Cruiser generasi baharu (300 Series) dilancarkan di Jepun, namun Toyota nampaknya tidak akan menang tangan melayan kehendak pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana menurut laporan daripada laman automotif Jepun Car Watch, jumlah tempahan yang diterima oleh Toyota pada ketika ini menyebabkan anda perlu menunggu sekurang-kurangnya satu tahun sebelum Toyota dapat menghantar SUV itu ke pintu rumah.
 

LC GR SPORT


Perkembangan positif merupakan bukti bahawa Land Cruiser sebenarnya masih lagi mempunyai peminat yang tersendiri, walaupun Toyota sebelum ini dilaporkan mengenakan syarat ketat kepada para pembeli Land Cruiser.

Harus diingat, pada ketika ini Toyota turut menghentikan sementara operasi pemasangan kenderaan (termasuk Land Cruiser baharu) di kilang Yoshiwara disebabkan krisis kekurangan bekalan cip serta penyebaran wabak COVID-19 di Asia Tenggara.
 

000


Keadaan ini juga turut mengakibatkan produksi SUV kembarnya dari Lexus turut terhenti, serta model Land Cruiser 70 Series yang masih lagi diproduksikan sehingga kini.

Di Jepun, harga jualan Land Cruiser 300 Series bermula dari 5,100,000 yen (RM195,294) untuk versi asas manakala varian GR Sport yang dipertingkatkan dengan keupayaan off-road (dengan enjin diesel) pula dijual pada harga setinggi 8,000,000 yen (RM306,343).

Baca: Spesifikasi Land Cruiser 300 Series 2022
Baca: Spesifikasi Land Cruiser GR Sport 2022

Sumber: Car Watch

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…