Najib - Tol itu tidak bagus, patut dilupuskan

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata tol untuk jalanraya ialah sesuatu yang tidak sihat untuk rakyat Malaysia dan sepatutnya diberhentikan.

Beliau berkata menjadi agendanya untuk menghentikan kutipan tol di mana yang boleh kerana menurutnya, beliau tidak seperti Perdana Menteri dahulu yang percaya akan konsesi tol.

"Bila mampu, saya akan hentikan kutipan tol. Ia menyakitkan hati dan menyebabkan kesesakan lalu lintas," ujar beliau.

 

 

Najib seterusnya berkata untuk beliau memansuhkan tol, beliau terpaksa mengubah perjanjian-perjanjian yang dilakukan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

"Saya terpaksa merungkai masalah-masalah legasi yang tidak berkaitan dengan kepentingan rakyat. Kerana itu lebuhraya Pan-Borneo tidak mempunyai tol dan kerana itu kami berhentikan pungutan til di Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam dan lebuhraya EDL di Johor Bahru," ujar beliau di forum Bajet 2018 di Pusat Perubatan UKM tadi.

*Laporan asal dari Malay Mail Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Global
Beliau berkata demikian selepas lawatan daripada pegawai ekskutif Tesla ke negara tersebut pada…
Informasi
Semasa pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal…