Penutupan lorong tersebut dibuat untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja naik taraf Jambatan KTMB yang merentangi NKVE selama tujuh bulan.
Menurut kenyataan PLUS, kerja-kerja naik taraf itu akan dijalankan pada waktu malam dari jam 10 malam hingga 5 pagi.

Ia akan melibatkan penutupan lorong secara berperingkat antara KM10.5 hingga KM11.3 laluan Shah Alam-Subang, dan KM11.7 hingga KM11.1 laluan Subang-Shah Alam.
Lorong yang terlibat akan dibuka semula mulai jam 5 pagi untuk memastikan tiada gangguan terhadap aliran trafik terutama pada waktu puncak.
Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat terkini menggunakan aplikasi PLUS, atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000.