Naib Presiden Kanan Rekabentuk Volvo terima anugerah 'Design Hero' dari Autocar

oleh Muhammad Md Tajudin|
Thomas Ingenlath
Thomas Ingenlath
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jelas kelihatan sekarang ini, Volvo yang merupakan pengeluar kenderaan premium dari Sweden mempunyai prestasi yang tidak boleh ditahan-tahan lagi. Dengan barisan produk yang setara malah lebih daripada pesaing premium lain, syarikat yang dimiliki oleh Geely ini dilihat semakin kukuh di landasan automotif dunia.

Kejayaan terbaru ialah apabila Naib Presiden Kanan Rekabentuk Volvo, Thomas Ingenlath menerima anugerah 'Design Hero' di acara Autocar Awards 2017.

Ingenlath telah bersama Volvo sejak 2012 dan mengetuai pasukan pereka dalam merevolusi rekabentuk pengeluar itu yang mana pada hari ini ia diterjemahkan pada model-model baharu Volvo di pasaran. Tidak dinafikan, rekabentuk kenderaan Volvo masa kini semakin menambat perhatian pasaran.

Naib Presiden Kanan Rekabentuk Volvo terima anugerah 'Design Hero' dari Autocar

 

Apa yang Thomas Ingenlath buat bukanlah sesuatu yang terlampau ekstrem atau menggunakan sifir membuat roket ke bulan.

Beliau dan pasukannya hanya kembali kepada falsafah rekabentuk tradisional Volvo iaitu gayaan ringkas dan bersahaja tetapi digabungkan dengan perkadaran yang pernah dipraktikkan pada rekabentuk klasik dan memberi perhatian kepada perincian kecil bagi menghasilkan kenderaan lagak premium.

Bahagian interior pula menggunakan material semula jadi paling baik, mutu buatan oleh mereka yang mahir dan pencahayaan luaran bagi menghasilkan kenderaan tampak mewah, elegan dan menyenangkan apabila berada di dalamnya. 

Model pertama dengan hala tuju baharu ini ialah SUV premium XC90 yang dipasarkan pada tahun 2014 seterusnya disusuli oleh S90 saloon, V90 estate dan baru sahaja dilancarkan, SUV bersaiz sederhana, XC60.

Naib Presiden Kanan Rekabentuk Volvo terima anugerah 'Design Hero' dari Autocar

 

Pengarang Autocar, Mark Tisshaw memuji keupayaan Thomas malah mengakui produk Volvo kini pencabar kepada pesaing dari Jerman, "Rekabentuk yang bagus ialah faktor yang dapat membawa industri kereta kepada pasaran lebih besar dan Thomas telah berjaya menukar produk arus perdana kepada jenama mewah sepenuhnya.

"Tempoh lima tahun beliau bertanggung jawab dalam rekabentuk Volvo adalah selari dengan pembangunan semula pengeluar itu. Produk keluaran Volvo sekarang ini adalah yang paling menarik dan lain daripada lain serta pencabar kepada pengeluar kereta mewah dari Jerman."

Mengulas mengenai anugerah yang diterima, Thomas Ingenlath berkata "Ini adalah satu penghormatan apabila ia dianugerahkan oleh majalah automotif ternama seperti Autocar. Gaya bahasa baharu Volvo adalah kemuncak kepada rekabentuk Scandinavian, gayaannya mempunyai fungsi dan kecantikan asli. Hasil kerja keras kesemua mereka yang terlibat dalam merekabentuk Volvo telah diperakui dan ianya adalah satu pencapaian menakjubkan."

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…