Nahas tujuh kenderaan: Laluan Gopeng-Simpang Pulai terhalang

oleh Penyumbang Rencana|
Laluan Gopeng-Simpang Pulai di kedua-dua arah di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan terhalang berikutan kemalangan melibatkan tiga treler dan empat kereta pada Sabtu.

Kejadian berlaku sekitar jam 7.30 pagi itu turut mengakibatkan aliran trafik sesak dan kenderaan tidak bergerak.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Difahamkan, terdapat mangsa tersepit dan beberapa individu lagi mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

Operasi menyelamat dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan bantuan BBP Gopeng selepas menerima panggilan pada jam 7.46 pagi.

PLUS menerusi aplikasi X meminta kenderaan yang datang dari arah utara keluar di Plaza Tol Simpang Pulai manakala dari selatan keluar di susur Gopeng bagi mengelak kesesakan lebih teruk.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perlumbaan Gran Prix Monza hujung minggu lepas, Leclerc berjaya memperoleh kemenangan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata bagaimanapun tiada…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata,siatan awal mendapati…