Nahas tujuh kenderaan, empat beranak maut

oleh Mohamad Hanif|
Empat maut dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.02 petang dengan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan enam kereta dan sebuah treler dengan empat mangsa tersepit di dalam kenderaan.

“Mangsa yang tersepit seorang lelaki dan tiga wanita. Anggota bomba segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

“Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam satu laporan terbaharu, kesemua empat individu yang maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini petang tadi merupakan empat beranak.

Mangsa yang maut ialah pesara polis, Koperal Rahim Ramli, 60, dan isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak mereka iaitu Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.

Difahamkan, ketika kejadian kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Persona itu dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur.

Sumber: Kosmo 1, 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata,…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…
Berita Domestik
Berdasarkan analisis visual dan pemerhatian oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) MOT, hujung…