Nahas tiga kenderaan - pemandu Bentley hilang kawalan dan terbabas

oleh SALINA JALIL|
Sebuah kereta mewah jenis Bentley Continental antara tiga buah kenderaan yang terbabit dalam nahas di Kilometer 270.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara) dekat Seremban petang semalam.


Dalam kejadian pukul 3.15 petang, pemandu kereta berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan di dahi serta dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini bagi rawatan lanjut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, selain kereta Bentley, turut terlibat dalam kemalangan ialah sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori kontena jenis Volvo yang membawa muatan barang kargo.

 

“Pemandu kereta mewah berkenaan dalam perjalanan dari Johor menghala ke Taiping hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang kanan jalan dan berpusing sebelum melanggar kereta pacuan empat roda  dipandu seorang lelaki berumur 54 tahun.

 

“Perlanggaran berkenaan menyebabkan kenderaan Toyota Hilux hilang kawalan dan melanggar sebuah treler jenis Volvo yang dipandu seorang lelaki yang berumur 37 tahun yang sedang bergerak terus dari arah yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Mohd Fazley berkata, akibat kemalangan berkenaan, pemandu Bentley dan pemandu kenderaan pacuan empat roda cedera ringan manakala pemandu lori treler tersebut tidak cedera.

 

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…
Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan mendapati insiden jam 1.58 petang berpunca tindakan suspek menggunakan…
Berita Domestik
Difahamkan, terdapat mangsa tersepit dan beberapa individu lagi mengalami kecederaan dalam…