Nahas Tesla Model X - Tesla Salahkan Pemandu Kurang Peka

oleh Mohamad Hanif|
Merujuk kepada nahas ngeri melibatkan sistem autopilot yang berlaku di lebuhraya California, Tesla pada awalnya telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung nahas tersebut.

Menurut Tesla, ketika kejadian, sistem autopilot dikatakan telah memberikan amaran visual dan audio selama beberapa saat kepada pemandu tersebut sebelum SUV elektrik itu melanggar pembahagi jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kini keluarga Walter Huang, pemandu yang maut di dalam kejadian itu sedang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tesla atas alasan sistem semi-autonomous Tesla yang bermasalah. 

Laporan CNBC memetik kenyataan peguam keluarga Huang yang menyebut berdasarkan pembacaan awal mendapati sistem autonomous Tesla dikatakan keliru mengesan garisan jalan, seterusnya gagal mengesan konkrit pembahagi jalan, gagal membrek dan terus menghentam pembahagi jalan tersebut.

Namun pihak Tesla enggan mengaku kesalahan atas kelemahan sistem autonomous mereka, sebaliknya menyalahkan pemandu atas kecuaian dan tidak memberikan sepenuh perhatian ketika memandu.

Merujuk kepada laporan Bloomberg, Tesla bersimpati ke atas Huang, namun mereka tetap teguh dengan pendirian bahawa sistem Autopilot Tesla masih memerlukan pemandu supaya bersiap siaga di belakang stereng. Tesla juga bertegas supaya setiap pemandu yang menggunakan sistem Autopilot mereka supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling. 

Kes nahas ini merupakan kes ketiga melibatkan sistem Autopilot Tesla. Tahun 2016 menyaksikan dua kemalangan bersaingan melibatkan Tesla, masing-masing di China dan Florida, Amerika Syarikat. 

Bagi pihak Careta, kami menyeru kepada semua pemandu supaya lebih menumpukan perhatian di atas jalan sekalipun dengan bantuan teknologi terkini. Sistem bantuan tersebut antara lain bertujuan untuk membantu, bukan menggantikan pemandu 100% di sebalik stereng. 

Sumber: CNBC dan Bloomberg melalui Jalopnik

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…