Nahas ragut tiga nyawa di Pekan: Pemandu Isuzu D-Max ada enam rekod kesalahan trafik

oleh Penyumbang Rencana|
Foto keadaan Toyota Alphard dan Isuzu D-Max yang terlibat nahas tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat, Pekan.
Pemandu Isuzu D-Max yang terbabit dengan nahas meragut tiga nyawa termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, di Kilometer 67, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Chini, di Pekan, pada Jumaat, mempunyai enam rekod kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, ia termasuk dua saman kerana kesalahan memotong di garisan berkembar.

Beliau berkata, polis belum menahan lelaki berusia 31 tahun terbabit untuk membantu siasatan kerana pemandu pikap berkenaan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

"Bagaimanapun polis sudah mengambil sampel darah dan air kencing untuk ujian toksikologi kimia," katanya menerusi kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Jumaat, Ketua Unit Forensik Hospital Segamat, Dr Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, anaknya Dhea Sofia, 2, terbunuh selepas kereta mereka naiki bertembung dengan sebuah pikap, Isuzu D-Max.

Turut terbunuh pemandu Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Toyota Alphard iaitu Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Cyberjaya, Azaharuddin Mohd Ali, 46.

Kemalangan turut menyebabkan tiga penumpang kereta Honda Civic dan dua penumpang MPV cedera.

Hasil siasatan polis mendapati, kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah pikap Isuzu D-Max dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Segamat cuba memotong sebuah lori.

Bagaimanapun kenderaan itu dipercayai hilang kawalan serta terbabas ke lorong kanan lalu bertembung dengan kereta dan MPV dari arah bertentangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.

Mohd Zaidi berkata, berdasarkan rekod polis juga, pemandu berasal dari Kuala Krau, Temerloh itu sudah menjelaskan tiga saman kesalahan trafik.

"Lelaki terbabit juga pernah disaman kerana lesen memandu tamat tempoh dan samannya sudah dijelaskan dan satu lagi kesalahan trafik diperingkat mahkamah," katanya.

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sistem dua motor menghasilkan 140 kW (43 kW depan / 97 kW belakang) dan tork 325 Nm (108 Nm…
Berita Domestik
Kira-kira 3,300 peserta melibatkan sebanyak sekitar 900 unit Isuzu D-Max berkumpul di 36 cawangan…
Model Terbaharu
Seperti umum tahu, sekiranya model facelift, tiada banyak perubahan yang dilakukan untuk model…