Nahas Putrajaya - Pemandu lori berdepan tuduhan memandu secara melulu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sumber foto Bernama
Seorang pemandu lori telah didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan memandu secara melulu selepas merempuh 14 kenderaan dalam kemalangan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara arah Puchong, hingga menyebabkan dua penunggang motosikal maut Rabu lalu.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Muhammad Izzatul Shafik Mozahari, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan majistret Aima Nabila Muhammad Azhar.

Dia didakwa memandu secara melulu dan berbahaya pada jam 10.14 pagi, 20 September lalu di KM5.8 Jalan Persiaran Utara, mengakibatkan kematian Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan Yuswar Mohd Uyus, 39.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara lima hingga 10 tahun, dan denda antara RM20,000 dan RM50,000, jika sabit kesalahan.

 

2

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Amalina Abu Hanifah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, dan tertuduh diperintahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 25 Oktober ini untuk sebutan semula dan penyerahan dokumen.

 

Sumber: Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kereta Toyota Vios dipandu rakan mangsa itu dipercayai mengelak sebuah kereta yang tidak dikenal…
Berita Global
Menurut BBC pada bulan Mac lepas, mereka telah memutuskan untuk menghentikan produksi rancangan…
Berita Domestik
Katanya, menurut siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak…