Nahas kren terbalik - Keadaan trafik di DUKE dijangka pulih lewat petang ini

oleh Afandi Che Muhamad|
Syarikat konsesi Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. (Prolintas) hari ini mengesahkan laporan berhubung kejadian kren yang terbalik di Kilometer 25.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) berhampiran Dataran Ukay pukul 10 pagi tadi.

Menurut laporan awal, kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada struktur permukaan tanah yang menempatkan jentera itu tidak stabil.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dan kerosakan harta awam dilaporkan.

Memetik jurucakap Prolintas sebagai berkata, pihaknya telah mengerahkan pasukan kecemasan ke lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan.

Kerja-kerja pembersihan laluan masih giat dijalankan dan aliran trafik yang ketika ini sesak (gambar) dijangka kembali pulih seperti biasa kira-kira pukul 5 petang ini.

Maklumat lanjut boleh didapati dan disalurkan dengan menghubungi talian Prolintas di 1300-88-9922.

(Gambar diambil pada jarak lebih dekat menunjukkan kren yang tumbang itu telah merentangi jalan raya di laluan berkenaan sebentar tadi sekali gus menyumbang kepada kesesakan trafik)

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Prasarana dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kemalangan yang tular di media sosial itu…
Berita Global
Dipetik daripada Autoblog, laman web automotif tersebut menerbitkan sebuah imej x-ray daripada…
Berita Global
Menurut Robert Sumwalt, "tidak seperti lima pengeluar automotif yang lain, Tesla nampaknya tidak…