Nahas kereta api: Kerajaan India kenal pasti individu bertanggungjawab

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan India telah mengenalpasti punca dan pihak yang bertanggungjawab dalam nahas kereta api paling dahsyat sejak beberapa dekad di negara itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menterinya, Ashwini Vaishnaw walau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut memandangkan laporan siasatan akhir belum diperoleh.

Angka kematian akibat nahas kelmarin di lokasi berhampiran Balasore, timur Odisha dijangka meningkat melebihi 288 orang.

Menurut Ashwini, kemalangan itu berlaku disebabkan perubahan semasa ‘interlock’ elektronik, merujuk kepada sistem isyarat kompleks yang direka untuk menghentikan kereta api daripada berlanggar dengan mengatur pergerakan di landasan.

 


“Sesiapa yang melakukannya dan bagaimana ia berlaku, akan diketahui selepas siasatan yang sewajarnya,” tambahnya.

Terdapat kekeliruan mengenai turutan kejadian yang tepat tetapi laporan yang memetik pegawai kereta api berkata bahawa ralat isyarat telah menyebabkan Coromandal Express yang bergerak ke selatan dari Kolkata ke Chennai, beralih ke landasan sebelah.

Ia merempuh sebuah kereta api barang sebelum serpihan gerabak menggelincirkan sebuah tren ekspres yang bergerak ke utara dari Bengaluru ke Kolkata, yang juga melalui kawasan itu.

Ketua Setiausaha Negara Odisha Pradeep Jena mengesahkan bahawa kira-kira 900 orang yang cedera telah dimasukkan ke hospital.

Sumber: AFP melalui Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata,…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…
Berita Domestik
Berdasarkan analisis visual dan pemerhatian oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) MOT, hujung…