Nahas di tapak ECRL, pemandu maut digilis lori sendiri

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki maut digilis lori dipandunya selepas kenderaan itu terjunam ke kawasan curam di kawasan pembinaan tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Merchang di Marang hari ini (Ahad).

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah hari, mangsa, Nasaruddin Nasir, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada bahagian kepala.

Kejadian dipercayai berlaku ketika lori dipandu mangsa sedang menuruni bukit di tapak pembinaan dan menghala ke bengkel lori.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, lori dipandunya hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terjunam di curam yang berketinggian kira-kira tiga meter.

 

Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada cermin hadapan sebelum kepalanya digilis.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

 

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Livingston menambah bahawa faktor suhu permukaan jalanraya yang meningkat kerana matahari dan juga…
Berita Global
Menurut laman web trucknews.com, lori kontena suapandu itu mula digunakan sejak bulan Ogos lalu…
Berita Domestik
Menurut kenyataan APAD, Kementerian Pengangkutan tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana…