Ketika ini, tempoh sambung reman terhadap suspek berusia 19 tahun yang dilanjutkan dua hari pada Isnin lalu sudah berakhir Selasa.
Pada 2 Jun reman pertama dilakukan di Mahkamah Majistret Batu Pahat mengikut Seksyen 42(1) selama dua hari dan disambung sehari di Mahkamah Majistret Kluang.
Namun sebaik reman berakhir, polis menahan semula suspek pada Khamis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kluang setelah kertas siasatan dirujuk dengan Jabatan Peguam Negara.
Tindakan suspek yang pemandu Mercedes Benz A250 manakala abangnya berusia 22 tahun memandu BMW 530e menyebabkan berlaku kemalangan membabitkan lima kenderaan hingga meragut nyawa empat sekeluarga pada 1 Jun lalu.
Kemalangan turut meragut nyawa abang suspek yang memandu BMW 530e.