Nahas 7 kenderaan di Pasir Gudang, pemandu lori maut

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemandu lori treler maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Pasir Gudang, kira-kira jam 5 petang Jumaat.

Nahas berlaku di kilometer 26 Lebuh Raya Pasir Gudang ke arah Pasir Gudang.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian melibatkan tiga treler, sebuah MPV dan tiga motosikal.

Kemalangan pada waktu puncak turut menyebabkan kesesakan teruk di lebuh raya itu, menghala ke Johor Bahru.

"(Bagaimanapun), pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seri Alam sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama, beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

 

Bernama