Nahas 3 maut, polis cari pemandu kereta ketiga, Proton Wira

oleh Penyumbang Rencana|
Polis mengesahkan sebuah lagi kereta terbabit dalam nahas dua kenderaan di Jalan Kuala Kubu Bharu-Rawang-Bukit Beruntung berdekatan Serendah Golf Resort di Hulu Selangor, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya giat mengesan pemandu kereta Proton Wira yang belum dikenal pasti identitinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain Proton Wira itu, katanya, nahas jam 10.55 pagi itu turut membabitkan Perodua Axia dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza.

"Toyota Avanza dan Perodua Axia dipandu dua lelaki warga emas masing-masing berusia 68 dan 62 tahun.

"Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Axia dari Serendah ke Batang Kali. Sebaik tiba di lokasi, pemandu Proton Wira dipercayai dari arah bertentangan cuba memintas kenderaan di hadapannya.

"Pemandu Perodua Axia cuba mengelak lalu melanggar bahagian kanan Proton Wira berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Ahmad Faizal berkata, pelanggaran itu menyebabkan Perodua Axia berpusing sebelum dilanggar Toyota Avanza dari belakang.

"Kejadian menyebabkan pemandu Perodua Axia bersama penumpang dan pemandu Toyota Avanza maut di tempat kejadian.

"Penumpang MPV cedera di mata dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya.

Ahmad Faizal berkata, bedah siasat ke atas mayat dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan.

Menerusi gambar dan dokumen pengenalan diri yang dikongsi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, tiga mangsa dikenali sebagai Soo Yoke Siew, 53; Chan Kwai Hoong, 62; dan Rosihat Lemon, 68.

Mangsa yang parah adalah wanita dan identitinya belum dikenal pasti.

 

- semoga pihak polis dapat mengesan pemandu Proton Wira tersebut, kerana kecuaiannya, orang tak bersalah jadi mangsa -

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…