Menurutnya, mangsa terlibat terdiri lapan pemandu lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 55 tahun.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika semua kenderaan terlibat dalam perjalanan dari arah Semambu menghala ke arah Indera Mahkota.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan batu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kereta jenis Perodua Bezza yang berada di lorong kanan dan treler di lorong kiri," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, akibat rempuhan itu, Perodua Bezza terlibat menggelongsor melanggar kenderaan lain yang berada di hadapan.
"Akibat kemalangan tersebut, kesemua kenderaan mengalami kerosakan bagaimanapun tiada mangsa mengalami kecederaan," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.
Kejadian itu tular selepas videonya dimuat naik di laman sosial.