Nafas baharu raja jalanan Yamaha MX-King 2019 - lebih sporty, lebih canggih

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran kita, Indonesia baharu sahaja melancarkan versi kedua facelift Yamaha MX King 2019 (lebih dikenali dengan nama Y15ZR di Malaysia) dengan menampilkan rekaan yang serba baharu serta penambahan ciri yang agak menarik untuk segmen motosikal kapcai 150 cc.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemas kini yang lebih ke arah kosmetik pada Yamaha MX-King ini sekaligus menjadikan motosikal ini tampak lebih malar segar memandangkan sudah sekian lama tiada sebarang ubah suai yang besar-besaran dibawakan oleh Yamaha.


Seperti yang anda saksikan, rekaan lampu utama telah diberikan nafas baharu yang lebih sporty, lampu jenis LED untuk pencahayaan yang lebih terang dan sedikit tirus berbanding lampu model terdahulu. 

Manakala meter instrumen juga digantikan dengan paparan digital LCD sepenuhnya untuk memberikan bacaan informasi motosikal semasa dengan lebih terperinci. 
 


Bagi memberikan kadar cengkaman yang bersesuaian di atas jalan, Yamaha telah menaikkan saiz roda hadapan kepada 90/80-17 berbanding saiz semasa 70/90-17, manakala roda belakang masih kekal seperti saiz asal 120/70-17.

Seperti yang disebut pada awal artikel, tiada sebarang perubahan kuasa dilakukan kepada model facelift ini.

Yamaha MX-King masih lagi menggunapakai enjin empat lejang bersesaran 150 cc sejukan cecair yang mampu menjana kuasa sekitar 15 hp dan daya kilas maksimum 13.8 Nm yang masuk penuh pada 7,000 rpm, sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual lima nisbah kelajuan. 
 


Di Indonesia, harga jualan atas jalan bagi Yamaha MX-King ini bermula dari 22.9 juta rupiah (RM6,543) untuk versi biasa manakala versi Movistar pula dijual pada harga 23.2 juta rupiah (RM6,649). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Manakan tidaknya, Yamaha didapati masih lagi kekal berdegil dengan penggunaan enjin asal 150 cc…
Berita Domestik
Setelah beberapa laman web automotif menyiarkan tekaan mereka, akhirnya laman rasmi Hong Leong…