Nadi V8 akan terus hidup selepas 2030, jika terdapat permintaan cukup - Mercedes

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira setahun yang lalu, Mercedes-Benz melahirkan hasrat untuk menjadi sebuah jenama elektrik sepenuhnya menjelang akhir dekad ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, kenyataan itu datang dengan satu syarat, di mana ia hanya akan direalisasikan apabila "keadaan pasaran membenarkan" peralihan itu berlaku.

Ini bermakna, tidak semua enjin pembakaran dalaman akan beransur-ansur ditamatkan penawarannya, memandangkan Mercedes berazam untuk mengekalkan penawaran nadi V8 selepas tahun 2030 dan seterusnya.

Dalam satu temubual bersama CarSales, naib presiden pembangunan kenderaan Mercedes-Benz, Joerg Bartels berkata, itu semua bergantung kepada undang-undang regulasi yang semakin ketat.

Jelasnya, sekiranya Mercedes mampu untuk memenuhi dan mencapai target emisi CO2 armadanya, tiada sebab untuk mereka menamatkan enjin V8 atau enjin enam silinder yang lebih kecil.
 

AMG


"Pada akhirnya, kami harus memenuhi strategi CO2 secara keseluruhan, dan kami mempunyai laluan yang jelas, menjadi neutral CO2 menjelang akhir 2030-an.

"Namun, jika masih terdapat permintaan daripada pelanggan (untuk enjin V8) di sesetengah pasaran, dan ia masih lagi sebahagian daripada penawaran kami, mengapa harus kami menghentikannya?"

Sama seperti Hyundai, Mercedes-Benz juga turut sedar kesukaran untuk memenuhi regulasi emisi yang semakin ketat - terutama Euro 7 - namun mereka tahu sesetengah pelanggan masih lagi mahukan kereta dengan enjin enam atau lapan silinder.

Bartels juga yakin para jurutera mampu menjadikan setiap enjin mematuhi undang-undang yang lebih ketat, namun ia akan hadir dengan kos yang lebih tinggi, di mana sesetengah pelanggan mungkin tidak sanggup untuk membayarnya.

Tidak seperti Porsche dan Toyota yang kini sedang mengkaji penggunaan bahan api sintetik, Mercedes berpendapat ia bukanlah satu penyelesaian yang berdaya maju dan percaya ia masih lagi memberikan kesan kepada alam sekitar.

Sumber: CarSales

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…