Myvi termasuk rel keretapi di Butterworth

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pemandu Perodua Myvi cemas bila kereta yang dipandu beliau tersangkut di atas rel keretapi di Pangkalan Kontena Butterworth Utara jam 4 pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lelaki yang berada di dalam keadaan mabuk itu sedang dalam perjalanan dari arah Bagan dan "melihat" penghadang bahagian timbangan lori di situ seperti sebuah "plaza tol".

Tiada kecederaan berlaku kepada pemandu dan tiada kerosakan berlaku pada rel keretapi dan juga Myvi tersebut.

Malah Myvi tersebut dipandu keluar sendiri oleh pemandu yang berusia dalam 20-an itu. 

Menurut Berita Harian, kejadian hanya dilaporkan kepada polis pelabuhan dan tiada tindakan lanjut diambil ke atas pemandu tersebut.



 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…