Myvi sangkut dekat jambatan, pemandu positif dadah

oleh Hamimah Hamid|
SEBUAH kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki tersangkut di hujung jambatan laluan motosikal di Kuala Kurau dekat Parit Buntar, pagi semalam.

Kejadian terbabit telah dimaklumkan kepada pihak polis pukul 8.45 pagi dan pemeriksaan mendapati lelaki berusia awal 50-an itu positif dadah jenis methamphetamine.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, sebaik tiba di jambatan yang hanya boleh dilalui oleh motosikal itu didapati pemandu terbabit sedang menjerit-jerit ke arah orang ramai.

 

"Pihak polis cuba menenangkan keadaan namun lelaki terbabit enggan bekerjasama.

 

"Pemeriksaan telah dibuat dan kita menemui satu paket plastik mengandungi bahan disyaki dadah pada pemandu itu," katanya.

 

Ujar beliau, suspek telah dibawa ke Balai Polis Kuala Kurau dan hasil saringan air kencing didapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki bahan-bahan disyaki dadah, serta Seksyen 15 (1) (a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh.