Myvi rempuh gerai ikan

oleh SALINA JALIL|
Penjual ikan kerugian lebih RM1,000 apabila ikan dan sotong jualannya dirempuh Perodua Myvi yang muncul tiba-tiba di Ketereh, Kota Bharu, tengah hari tadi.


Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, gerai Zulkifli Ramli, 44, dirempuh Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia lingkungan 60-an.


Wanita itu mendakwa tertekan pedal minyak apabila cuba menekan brek ketika memandu kereta itu bersama anak lelakinya yang berusia 40-an.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Zulkifli berkata, sebelum kejadian dia sedang menyiang ikan dan terlihat keadaan kereta dari arah Kok Lanas ke Melor dipandu dalam keadaan pelik sebelum terkejut melihat kereta itu meluru laju ke arah gerainya.

 

“Bunyi dentuman kereta melanggar gerai saya sangat kuat, cuma saya bersyukur rempuhan itu tidak terkena pelanggan yang sedang membeli ikan.

 

“Akibat rempuhan itu, saya terpaksa buang hampir 60 kilogram ikan dan sotong yang sudah tercemar terkena minyak dan rosak digelek tayar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

 

pic 1

 

Zulkifli berkata, dia juga lega kerana terdapat sebiji batu besar yang terletak di hadapan gerai yang menghalang rempuhan kereta itu lebih jauh.

 

Katanya, batu itu adalah batu asal yang terletak di depan rumah dan gerainya dan tidak dialihkan yang akhirnya menjadi penyelamat dia dan keluarga hari ini.

 

“Sebelum kejadian, saya ada rasa tidak sedap hati, biasa pekerja juga ramai, tapi hari ini ramai yang minta cuti dan kebetulan keadaan ketika kejadian juga tidak ramai pelanggan seperti selalu," katanya yang masih terkejut dengan kejadian.

 

Bagaimanapun katanya, tiada laporan polis dibuat memandangkan kedua pihak bersetuju menyelesaikan sendiri.

 

Zulkifli berkata, ini kejadian kali pertama berlaku sejak dia menjual ikan di situ, tiga tahun lalu.

 

Katanya, selain kerugian jualan, dia juga terpaksa menutup kedai awal bagi kerja-kerja mengangkat turun kereta wanita berkenaan dan membersihkan gerainya.

 

"Antara kerugian termasuk tiang dan meja jualan patah, ikan dan sotong rosak dan saya tidak dapat teruskan jualan hari ini.

 

"Bagaimanapun, kejadian sudah berlaku, dan saya akan mulakan semula perniagaan seperti biasa esok, saya juga ucapkan terima kasih kepada rakan, saudara-mara yang prihatin dengan kejadian ini," katanya yang berniaga bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

 

 

 

 

 

sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata empat…
Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan…
Berita Domestik
Kejadian tersebut tular di Facebook selepas mangsa memohon bantuan orang ramai menjejaki kereta…