Myvi lawan arus, penunggang motosikal maut, pemandu larikan diri

oleh SALINA JALIL|
Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang melawan arus sehingga menyebabkan seorang maut dan seorang lagi patah kaki kiri di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang, Butterworth pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.35 pagi, mangsa Mohamad Hafiz Bakri, 31, dan Lim Kar Tian, 34, menunggang motosikal sebelum dilanggar kereta yang dipandu secara melawan arus.

Akibat kemalangan itu, Mohamad Hafiz meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Kar Tian cedera di kaki kiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi itu memandu secara melawan arus dari Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menuju ke arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

 

"Selepas melanggar kedua-dua penunggang motosikal itu dia terus melarikan diri.

 

"Ketika kejadian, pengguna jalan raya lain tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kereta suspek dan usaha mengesannya giat dijalankan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

penunggang

 

Shafee berkata, mayat Mohamad Hafiz dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan laporan mendapati dia maut akibat kecederaan pada kepala.

 

Kar Tian juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi polis atau tampil di balai berhampiran.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

myvi

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…
Berita Domestik
"Walau bagaimanapun, selepas pemerhatian dari video tersebut, terdapat beberapa buah kenderaan yang…
Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…