Myvi lawan arus, lima kenderaan kemalangan!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Tindakan sebuah Perodua Myvi yang memandu melawan arus di Kilometer 2.6 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru, menyebabkan kemalangan membabitkan lima kenderaan, tengah malam Ahad.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata nahas berlaku pada jam 12.30 tengah malam, selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki warga tempatan berumur 40 tahun bersama tiga penumpang dari arah utara menghala ke pusat bandar Johor Bahru, gagal mengelak Myvi terbabit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Myvi dipandu lelaki tempatan berusia 20-an di lorong kanan secara melawan arus. Ketika pelanggaran, pacuan empat roda terbalik di tengah jalan dan menyebabkan tiga kenderaan lain, Honda City, Toyota Vios dan Audi A3 yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar kereta pacuan dan Myvi yang berada di tengah jalan.

"Akibat pelanggaran ini, pemandu Myvi cedera parah dan masih menerima rawatan di wad zon kuning di Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Raub berkata, pemandu Myvi terbabit didapati tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan penumpang kenderaan lain hanya cedera ringan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu, menurutnya pemandu kereta lain yang terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan.

MalaysiaKini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata empat…
Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan…
Berita Domestik
Kejadian tersebut tular di Facebook selepas mangsa memohon bantuan orang ramai menjejaki kereta…