Myvi dilancar di Singapura. Harga dari RM197k hingga RM212k.

oleh HEZERI SAMSURI|
Perodua mengorak langkah dengan melancarkan model Myvi terkini mereka di Singapura hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua varian Myvi generasi ketiga itu dijual di Singapura. Di bawah ialah senarai varian dan harga (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan serta Sijil Kelayakan atau COE).

  • Myvi 1.3X AT dengan harga SGD64,800 (RM197,093)
  • Myvi 1.5H AT dengan harga SGD69,800 (RM212,301)

Menurut Datuk Zainal Abidin Ahmad, pelancaran Myvi di pasaran matang itu ialah destinasi eksport pertama bagi jenama Perodua.

"Pelbagai halangan perlu diatasi untuk masuk ke pasaran Singapura tetapi dapat diselesaikan," ujar beliau.

 

 

Perodua juga mengeksport Myvi ke Indonesia tetapi dengan menggunakan jenama Daihatsu Sirion.

"Ada sekumpulan peminat setia Perodua di Singapura ini yang menantikan Myvi baharu," terang John Ng, Pengarah Urusan Perocom Auto Pte Ltd, pengedar rasmi Perodua di sana.

Bilangan kenderaan baharu yang didaftarkan di Singapura berbeza dari tahun ke tahun, iaitu
sebanyak 80,281 unit pada 2018, 91,922 pada 2017, 87,504 pada 2016 dan 57,589 pada tahun 2015, berdasarkan statistik Lembaga Pengangkutan Darat (LTA).

Walaupun kecil, pasaran kenderaan Singapura adalah yang paling dikawal selia di rantau Asean.

Lebih 110,000 unit Myvi generasi ketiga sudah didaftarkan di Malaysia setelah ia dilancarkan pada November 2017.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…