Myvi baharu bukan lagi rebadge - terima 5,000 tempahan dan 5-bintang Asean NCAP

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelancaran model Myvi terbaharu oleh PErodua hari ini disambut dengan berita baik di mana 5,000 tempahan diterima sejak ia dibuka seminggu lalu.

Ini sangat berhampiran dengan sasaran 6,000 unit Myvi baharu terjual sebulan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Di samping itu, Miros dan Asean NCAP juga telah menganugerahkan tahap 5-bintang dalam ujian perlanggaran yang telah dilakukan di JARI, Jepun sebulan lalu.

Myvi baharu nyata nampak lebih segar dan tidak lagi mengikut konsep kodok gebu dahulu. Ia lebih sporti dan agresif dan pada Careta, ia umpama evolusi Mercedes-Benz A-Class - dari generasi pertama sehingga generasi terkini.

 

Menurut Timbalan Pengurus Besar Bahagian Styling dan Rekabentuk Perodua,Muhamad Zamuren Musa, rekaan Myvi ini adalah 100 peratus dari anak Malaysia.

"Sebarang persamaan, jika ada, adalah kebetulan dan mengikut trend semasa," ujar Zamuren yang mengetuai pasukan rekabentuk Myvi 2017.

"Seramai 59 orang anak Malaysia bertungkus lumus untuk mereka Myvi baharu ini," sambungnya. Kadar aerodinamik Myvi 2017 ialah 0.296 Cd, lebih baik dari Myvi kuih pau yang lama pada 0.306 Cd.

 

Bahagian atas atau "upper body" Myvi 2017 adalah hasil Perodua sementara platform pula menggunakan Myvi lama, tetapi diubah dari A-pillar sehingga ke belakang.  

Menurut Zamuren lagi, tidak ada satu pun komponen luaran Daihatsu yang boleh dipasang kepada Myvi 2017.

Myvi 2017 ialah 205 mm lebih panjang, 30 mm lebih rendah dan 70 mm lebih lebar. Jarak roda dipanjangkan sebanyak 60 mm lagi untuk membenarkan lebih ruang di dalam kabin.

 

Ruang but juga semakin luas - 277 liter, iaitu 69 liter lebih luas dari Myvi lama.

Untuk memastikan kabin lebih senyap dan selesa, kadar NVH rendah menjadi objektif utama Myvi ini. Memang terbukti ia jauh lebih senyap dari kereta-kereta nasional yang lain. Antara puncanya ialah penggunaan cermin hadapan akustik (acoustic windshield) yang mahal dan diberikan kepada semua varian Myvi 2017.

Penggunaan besi high-tensile turut dipertingkatkan dan kerangka yang lebih tegap membantu mengawal kadar NVH.

 

driver seat

 

Myvi 2017 juga menggunakan dua enjin baharu yang dipasang di kilang enjin Perodua sendiri di Sendayan.

Enjin 1.3L menghasilkan 94hp dan 121 NM sementara model 1.5L menghasilkan 102 hp dan 136 Nm. Transmisi menggunakan transmisi lama dan ratio atau nisbah yang sama dengan Myvi sebelumnya diperkenalkan.

Enjin 1.3L dan 1.5L dengan teknologi injap Dual VVT-i menerima pengiktirafan EEV. Ia menggunakan blok aluminium yang lebih ringan dan ia juga lebih cekap tenaga dan menepati piawaian Euro 4.

 

Ia juga 32 peratus lebih menjimatkan dari Myvi lama.

  • 21.1 km/l untuk Myvi 1.3 AT (dengan Eco Idle)
  • 20.5 km/l untuk Myvi 1.3 MT (tanpa Eco Idle)
  • 20.1 km/l untuk Myvi 1.3 AT (tanpa Eco Idle)
  • 20.1 km/l untuk Myvi 1.5 AT (dengan Eco Idle)

Untuk komponen, Perodua menggunakan lebih dari 90 peratus komponen tempatan dari vendor-vendor yang ada di Malaysia.

Harga Myvi baharu pula ialah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, dari RM44,300 untuk model 1.3L sehingga RM55,300 untuk model 1.5L 

 

myvi price

 

Kami diberitahu bahawa Perodua akan memastikan setiap tempahan akan menerima Myvi baharu mereka dalam masa tidak lebih dari tiga bulan. 

Mereka sudah mempuyai hampir 3,000 unit Myvi Baharu yang sudah sedia untuk diserahkan kepada pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…