MyTukar tawar pandu uji kenderaan terpakai 5 hari sebelum beli?

oleh HEZERI SAMSURI|
Selalunya, kenderaan terpakai sukar untuk dipandu uji melebihi 30 minit.

Ini ialah kerana masalah dari segi perlindungan insurans dan juga penjual tidak mahu perbatuan kenderaan terpakai itu naik lebih tinggi. Namun begitu, MyTukar nampaknya jauh lebih berani. Ia menawarkan "pandu uji" selama lima hari sebelum anda membelinya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Careta merasakan tawaran ini adalah terlalu "perfect", dan kerana itu kami menghubungi MyTukar di laman web mereka sendiri melalui pembantu "virtual" dengan nama Eliaa Syafira.

Menurut penerangan Eliaa, tawaran pandu uji lima hari itu hanyalah untuk kempen Promo 11.11 di mana ia akan berakhir pada 30 November 2021.

MyTukar akan memberi rebat untuk bayaran bulanan yang pertama sehingga yang ketiga di mana pembeli hanya membayar RM11 sahaja untuk tiga bulan pertama itu.

Pembeli perlu membayar ansuran penuh bermula bulan keempat, dan bayaran bulanan sebenarnya ditentukan oleh profil pembeli ketika memohon pinjaman dari bank.

 

 

Bayaran ansuran yang tertulis di laman web MyTukar adalah berdasarkan ansuran bulanan selama sembilan tahun dalam keadaan paling optimum. Seperti yang anda sedia maklum, setiap bank akan mengkaji kedudukan kewangan pembeli dan menawarkan pinjaman yang selaras dengan risiko yang bakal bank ambil - bermakna setiap seorang mungkin akan menerima jumlah pinjaman, kadar faedah, jangka masa pinjaman dan ansuran bulanan yang berbeza.

Ini bermakna anda perlu memohon pinjaman kenderaan itu dahulu sebelum "memandu uji" kenderaan itu. Dan menurut Eliaa lagi, sekiranya tidak bersetuju dengan kenderaan tersebut, kita perlu hubungi pihak mereka di satu numbor yang diberikan (018-224 XXXX).

Kami rasakan ini sebenarnya sama dengan tawaran MyTukar selama ini, iaitu jaminan pulang kembali wang sekiranya anda mempunyai sebab kukuh untuk tidak menyukai kenderaan itu dalam tempoh lima hari.

Selain dari itu, MyTukar memberikan waranti setahun dan ia akan membaiki sebarang kerosakan dalam tempoh 30 hari.

 

 

Dari pengalaman Careta menjual kenderaan ke MyTukar, memang ia mempunyai ekosistem yang mudah, profesional, cepat dan boleh dipercayai.

Harganya bukan seperti harga yang kita akan dapat di Mudah contohnya, tetapi kebolehan MyTukar untuk membeli kenderaan kita dalam tempoh segera akan mengurangkan kerugian kita menunggu pelanggan yang sesuai.

Semasa artikel ini ditulis, MyTukar sudah menjual hampir 63,000 kenderaan dengan nilai terkumpul sebanyak RM1.8 bilion.

Dalam dunia internet sekarang, penulis iklan memang pandai mengabui pembaca tetapi jika kita baca dengan berhati-hati, sebenarnya semua informasi ada diberikan.

Terpulang kepada kita untuk rajin membacanya, atau seperti biasa, kutuk dulu baru bertanya.

Lawati MyTukar di pautan ini untuk melihat kenderaan yang terjual dan bagaimana anda boleh menjual kenderaan anda.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…