myTukar tawar diskaun RM27 ribu bersama hadiah bernilai RM100 ribu sempena Hari Raya

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena menyambut ketibaan musim Raya yang bakal tiba, salah satu syarikat kereta terpakai digital yang berkembang pesat, myTukar mengadakan promosi "Menangful Raya" yang menawarkan penjimatan sehingga RM27,000 untuk semua kereta myTukar Certified.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Tawaran dari myTukar itu sememangnya satu peluang yang harus direbut oleh mereka yang ingin mencari kereta baharu sempena musim perayaan yang akan tiba.

Bagi memberikan ketenangan minda, semua kereta myTukar telah menjalani proses perakuan yang teliti dan menjadi simbol jaminan bagi membolehkan pelanggan berlapang dada dengan kualiti dan keselamatan pembelian kereta mereka.

Perakuan tersebut termasuklah proses pemeriksaan 160-mata yang ketat di mana segala isu melibatkan kenderaan tersebut akan ditangani dan diperbaharui.

Ia merangkumi jaminan 5-hari pulangan wang, waranti 12-bulan untuk enjin dan kotak gear, jaminan tiada gangguan perbatuan dan jaminan tiada kerosakan yang pernah diakibatkan oleh kemalangan serius, kebakaran dan banjir.

 

2

 

Di samping itu juga, myTukar turut menawarkan pelbagai hadiah menarik yang bernilai sehingga RM100,000 untuk semua pelanggannya, termasuk :

Cabutan bertuah:

  • 5x pakej percutian 6H4M ke Seoul, Korea untuk 2 orang, bernilai RM11,600
  • 11x TV Android 43” berjenama Philips, bernilai RM1,799

Hadiah terjamin (bagi yang terawal):

  • 300x kad petrol bernilai RM100 setiap satu

Untuk menikmati hadiah yang bernilai sehingga RM100,000 itu, pelanggan hanya perlu membeli kereta myTukar Certified, dimana hadiah berupa kad petrol itu akan diberi kepada 300 pembeli terawal.

Selain promosi pembelian kereta myTukar Certified, pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan servis kereta mereka juga dapat menikmati tawaran seperti:

  • Diskaun 30% untuk khidmat cat semburan bagi seluruh kereta, bersama dengan khidmat penyalutan lampu hadapan dan semburan bagi kesemua rim secara percuma yang bernilai RM800.
  • Diskaun 50% bagi khidmat penjajaran dan pengimbangan roda.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai promosi #MenangfulRay itu, anda boleh layari laman sesawang myTukar.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Filem pendek berdurasi 90 saat yang bertajuk ‘Generasi Tukar’ (Tukar Generation) itu telah…
Berita Domestik
Carro yang juga merupakan syarikat induk bagi myTukar juga telah melebihi sasaran keuntungan untuk…
Berita Domestik
Dengan perjanjian bersama EBC termasuk myTukar, MUV dan CARSOME, Proton yakin ia merupakan langkah…