myTukar perluas perkhidmatan ke pusat membeli belah!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat myTukar Sdn Bhd, platform perdagangan kenderaan terpakai atas talian yang paling cepat berkembang di Malaysia hari ini melancarkan fasa pertama pengalaman pembelian serba baharu dengan memperkenalkan rangkaian Pusat Jualan MyTukar di pusat membeli belah utama di sekitar Lembah Klang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengenalan Pusat Jualan myTukar ini turut disempurnakan dengan pelancaran laman web baharu myTukar yang kini menyokong pengalaman pembelian yang lebih mesra pelanggan dan telus sepenuhnya.

Pelancaran Pusat Pengalaman Jualan myTukar serba baharu ini merupakan salah satu inisiatif dalam menawarkan pengalaman pemilikan kenderaan yang lengkap kepada semua pembeli kereta.

 


Mengulas mengenai pelancaran Pengalaman Pembelian Serba Baharu ini, Fong Hon Sum selaku CEO myTukar berkata, "Kami membawakan pengalaman pembelian kenderaan serba baharu buat pelanggan dengan kehadiran Pusat Pengalaman Jualan myTukar yang terletak di pusat membeli belah utama. Untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelian di kalangan pelanggan kami, kami juga turut melancarkan laman web yang telah dikemaskini di mana pelanggan kami dapat menikmati perjalanan pemilikan kenderaan yang lengkap, telus dan mudah.

"Ia dapat dibuat dengan lancar menerusi platform yang dipermudahkan oleh teknologi serta gabungan proses fizikal dan digital di dalam satu pusat sehenti di mana pelanggan boleh melakukan proses trade-in, membeli kenderaan terpakai baru dan menghantarnya - semua di dalam satu lokasi. Konsep inovatif ini merupakan satu pencapaian di dalam industri kereta terpakai dan bakal diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang, sekaligus menyokong pertumbuhan industri kenderaan terpakai. Pengalaman Pembelian Serba Baharu yang dilancarkan hari ini melengkapkan lagi kolaborasi penting dengan rakan seperti Sime Darby Auto Selection, DRB-HICOM dan rakan pengedar bertauliah.”

Pusat Jualan myTukar terletak di pusat membeli belah utama bagi memudahkan urusan pelanggan dan keluarga mereka. Pelanggan boleh mendapatkan paparan 360 darjah bagi setiap kereta yang sedia untuk dijual menerusi skrin sesentuh berdefinisi tinggi (HD) yang disediakan di kiosk yang selesa.

Pelanggan juga boleh membuat proses trade-in, dan membenarkan kereta mereka untuk diperiksa sementara mengambil peluang melihat kenderaan terpakai baharu yang berpotensi untuk dipandu uji. Semua ini boleh dilakukan ketika ahli keluarga menikmati kemudahan yang tersedia di pusat membeli belah.

 


Setiap kereta baru yang dijual menerusi myTukar didatangkan dengan jaminan wang dikembalikan dalam tempoh lima hari, jaminan satu tahun serta meterai jaminan kualiti daripada myTukar.

Para pelanggan tidak perlu risau dengan kualiti kereta yang ditawarkan oleh myTukar yang menjalani tiga pusingan pemeriksaan Kawalan Kualiti (QC) dan pemeriksaan 123 poin. Selain daripada itu, setiap kenderaan dijamin bebas daripada kemalangan besar, bacaan odometer yang tidak diusik serta tidak pernah terlibat di dalam insiden banjir.

Pelanggan juga boleh mendapatkan pra-pemeriksaan pinjaman di mana-mana Pusat Jualan myTukar yang membolehkan mereka mendapat pembiayaan, membeli atau memperbaharui insurans kenderaan secara terus, serta mendapatkan sebut harga yang kompetitif daripada rakan insurans myTukar.
 

 


Pusat Jualan Baharu myTukar kini boleh dilawati di Paradigm Mall, Petaling Jaya; One Utama, Petaling Jaya; dan MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pengalaman jualan baharu myTukar, sila layari www.myTukar.com atau dengan menghubungi 1800-22-5599.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia pada mulanya berperanan sebagai outlet jualan sahaja, namun kini telah diperbesarkan menjadi…
Berita Domestik
  Mengapa sekarang terdapat golongan  yang ramai lebih berminat untuk membeli kereta terpakai…
Berita Domestik
Pembukaan semula pusat jualan dan pusat servis Perodua dibuat selepas memulakan kembali operasi…