myTukar lancar inisiatif CSR, sasar kutipan dana melebihi RM1 juta bantu keluarga yang memerlukan

oleh Mohamad Hanif|
myTukar Sdn Bhd, platform berteknologi untuk dagangan kenderaan terpakai di Malaysia hari ini melancarkan kempen kutipan dana #myTukarCares bertujuan untuk membantu lebih 10,000 keluarga yang berdepan kesukaran akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan sasaran untuk meraih dana sehingga RM1 juta, kempen ini mendapat kerjasama daripada MyGroser, The Food Purveyor, serta beberapa badan bukan kerajaan seperti Free Makan, Making Orang Asli Mother's Independent, Seri Jayanti Welfara Organisation, Pejabat Adun Kampung Tunku, The Hope Branch, Care & Share Circle dan Dignity for Children Foundation.

Menerusi kempen ini, myTukar akan meraih kutipan dana daripada tiga saluran yang berbeza, iaitu sumbangan daripada pekerja myTukar, transaksi daripada platform myTukar, serta sumbangan daripada rakan perniagaan dan juga pelanggan.

Menurut Jeffrey Ong, CEO myTukar menjelaskan, RM50 akan disumbangkan untuk setiap kenderaan yang dijual, manakala RM100 pula untuk setiap kenderaan yang dibeli menerusi platform myTukar.

"Menerusi kutipan dalaman, kami telah berjaya mengumpulkan dana melebihi RM100,000," ujar beliau lagi.

Menerusi kolaborasi bersama myTukar ini, MyGroser akan bertindak sebagai penyedia sokongan tambahan menerusi baucer Malaysia, Together, sementara NGO seperti Free Makan dan TFP pula akan bertindak sebagai pembekal makanan bagi memastikan keperluan asas diserahkan kepada keluarga yang memerlukan.

Maklumat lanjut berkenaan #myTukarCares boleh didapati menerusi laman web https://mytukar.com/.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…