myTukar jalin kerjasama dengan Daihatsu Malaysia, permudah urusan jual beli kenderaan terpakai

oleh Mohamad Hanif|
Platform penjualan kenderaan yang pantas berkembang di Malaysia, myTukar baru-baru ini menjalinkan kerjasama dengan Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (DMSB) untuk memudahkan proses penjualan semula model terpakai Daihatsu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai rakan trade-in bagi Daihatsu Malaysia Group, myTukar akan memastikan pelanggan menikmati proses yang lebih mudah terutama bagi perkhidmatan pemeriksaan, pengambilan kereta, serta proses pembayaran yang lebih cepat dan lancar yang mampu memberikan impak positif kepada 300-500 orang pelanggan setiap bulan.

Selain daripada itu, myTukar juga akan membekalkan pegawai yang bertauliah bagi melakukan pemeriksaan berdasarkan permintaan bagi para pelanggan Daihatsu Malaysia Group.

Menurut CEO myTukar, Derrick Eng berkata, "kami berasa amat berbangga dapat bekerjasama dengan Daihatsu Malaysia Group, salah satu 'gergasi' di dalam sektor automotif Malaysia.

"Kolaborasi ini bakal memanfaatkan platform myTukar untuk mempercepatkan proses penjualan kenderaan terpakai bagi semua pelanggan Daihatsu Malaysia Group, selain menawarkan pusat sehenti yang menawarkan proses yang lebih serta-merta dan telus.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…