myTukar guna teknologi AI, perintis pendigitalan industri kenderaan terpakai

oleh Mohamad Hanif|
myTukar Sdn Bhd, platform berteknologi untuk dagangan kenderaan terpakai di Malaysia hari ini mengumumkan kejayaannya merintis penggunaan sistem Pengesanan Kecacatan Kereta dan Pengaburan Plet Kenderaan berteraskan Kecerdasan Buatan (AI) menggunakan platform Amazon Web Services (AWS).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemilik teknologi pemeriksaan kenderaan berautonomi, myTukar AI, menggunakan algoritma visual berkomputer dan pembelajaran mesin yang digerakkan oleh Amazon Rekognition dan Amazon Sagemaker.

Amazon Rekognition ialah platform perkhidmatan  visual digital berteraskan pengkomputeran awan  yang memudahkan  penganalisaan imej dan video melalui teknologi pembelajaran mendalam (deep learning) yang terbukti dan berdaya tinggi. Amazon Sagemaker ialah perkhidmatan lengkap yang membolehkan pembangun teknologi dan sains data membangunkan, melatih dan menggerakkan modul-modul pembelajaran mesin dengan lebih pantas.  

Sebagai perintis di Asia Tengggara, teknologi  myTukar AI yang inovatif ini mengautomasi dan memiawaikan pemeriksaan kenderaan serta menggunakan AI untuk mengesan kecacatan kenderaan seperti kemek, calar dan kemerosotan cat, di samping mengurangkan kesilapan manusia sehingga 80%.
 


Fong Hon Sum, Ketua Pengarah Eksekutif myTukar, berkata, “ myTukar AI yang inovatif ini dibangunkan hasil daripada semangat kami untuk mentransformasi industri kenderaan terpakai agar memberi manfaat kepada pelanggan kami dan untuk mendigitalkan industri ini. myTukar merupakan syarikat berteknologi dalam industri kenderaan terpakai yang pertama mewujudkan pasukan sains data dalamannya sendiri untuk mendapatkan keberkesanan dan sistem yang tersuai. “

“Bagaimanapun, myTukar AI yang kami laksanakan pada ketika ini bukan sekadar mendigitalkan pasaran kenderaan terpakai, malahan teknologi ini adalah bayangan  terhadap apa yang bakal berlaku terhadap industri automotif secara amnya di masa akan datang. Dengan perisian diagnosis diri  yang hebat melalui platform AWS seperti myTukar AI, pengalaman pelanggan dalam industri automotif boleh berubah secara radikal,” tambah Fong.

Ciri-ciri Pengaburan Plet Kenderaan dan Pengesanan Kecacatan Kenderaan myTukar AI mampu mengesan kecacatan kenderaan dalam masa 3 saat, menjimatkan masa pemeriksaan sehingga 20% sambil melindungi privasi dan keselamatan pelanggan.  

Teknologi ini juga meningkatkan kecekapan dalam pengaburan plet kenderaan sehingga 20% di samping mengurangkan kesilapan manusia sehingga 80%. “Lebih penting lagi, melalui myTukar AI, kami mengukuhkan keyakinan pelanggan dan meningkatkan ketelusan dalam proses pemeriksaan kenderaan, “ ujar Fong lagi.
 


Selain itu, teknologi algoritma visual berkomputer dan pembelajaran mesin ini mampu mengesan dengan pantas pelbagai jenis isu berkaitan pemasangan & kemasan (fit & finish), penjajaran panel, kerosakan, kemek, geseran dan calar. Laporan pemeriksaan kenderaan yang tepat boleh dikeluarkan dalam beberapa saat, seterusnya meningkatkan produktiviti keseluruhan dan kecekapan operasi 2,000 pengedar berdaftar myTukar.

Teknologi myTukar AI  disasarkan untuk diperkenalkan ke pasaran Carro Group Asia Tenggara di Singapura, Thailand dan Indonesia. Ini selaras dengan strategi Carro Group untuk sentiasa berkembang dan mendigitalkan dagangan kenderaan untuk rantau Asia Tenggara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…