Anugerah tersebut merupakan antara anugerah dalam bidang sumber manusia untuk mengiktiraf syarikat yang mempunyai kaedah sumber manusia terbaik dari aspek kebajikan pekerja dan budaya bekerja.
Laman digital myTukar telah menganjurkan lebih 100 sesi pembelajaran berbeza demi memastikan setiap pekerja berpeluang mengakses sesi latihan dan kelas yang penting bagi menerapkan semangat pembelajaran dalam syarikat.
Ia juga menumpukan kesejahteraan pekerja dengan memastikan komunikasi bersama pekerja melalui sokongan sosial, serta kesejahteraan mental dan fizikal mereka diutamakan.
Menerusi Webinar Kesejahteraan Mental oleh kaunselor bertauliah yang dilancarkan, ia dapat membantu menjaga kesihatan mental pekerja serta membina daya tahan mental di tempat kerja.
Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng, berkata, pihaknya komited terhadap kesejahteraan pekerja dan memberi tumpuan pada kesihatan selain memastikan penglibatan pekerjanya pada syarikat.
"Para pekerja merupakan bakat serta sumber terhebat kami, dan merekalah nadi serta jiwa dalam semua yang kami lakukan.
"Anugerah ini melambangkan kejayaan pendekatan kami yang mengutamakan pekerja dalam perniagaan dan bukti bahawa myTukar adalah sebuah syarikat yang mementingkan kesejahteraan pekerjanya.” katanya.
Penulis: Firdaus Razani