myTukar dapat Pensijilan ISO 9001:2015 yang pertama di Malaysia bagi kenderaan terpakai

oleh SALINA JALIL|
myTukar Sdn Bhd (Syarikat), platform dagangan kenderaan terpakai atas talian, hari ini mengumumkan syarikat tersebut merupakan syarikat pasaran kenderaan terpakai pertama di Malaysia yang dianugerahkan pensijilan ISO 9001:2015 untuk Sistem Pengurusan Kualiti.


Pensijilan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan myTukar dalam memastikan dagangan kenderaan berteknologi inovatif ini berada di tahap terbaik dari segi kualiti, keyakinan dan ketelusan di semua peringkat agar seiring dengan pengembangannya yang pesat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Pengarah Eksekutif myTukar, Fong Hon Sum berkata, “Kami komited dalam meluaskan perhubungan bersama pelanggan untuk menyediakan pengalaman jual beli kenderaan yang tiada tandingan dan kami didorong oleh misi kami untuk mendigital dan mentransformasikan kaedah tradisional penjualan kenderaan terpakai. 


Pembukaan lebih banyak cawangan di seluruh negara ini seiring dengan fokus kami terhadap kualiti dan kepercayaan demi mencapai kepuasan pelanggan.

 

Oleh itu Pensijilan ISO 9001:2015 ini memang tepat pada waktunya dalam memastikan myTukar mampu berpegang kepada komitmen sebagai platform jualan kenderaan atas talian yang diyakini, telus, efektif dan efisien untuk manfaat pelanggan kami.


ISO 9001:2015 ialah piawaian Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) antarabangsa yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Organisasi Piawaian Antarabangsa. 


Piawaian ini adalah berdasarkan beberapa prinsip pengurusan kualiti, termasuk kaedah process-based yang telah digariskan, pemfokusan pelanggan yang kukuh, dan penglibatan kepimpinan pengurusan atasan syarikat. 

 

 

Organisasi di seluruh dunia menggunakan piawaian ini untuk memperlihat kemampuan secara konsisten dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi permintaan pelanggan dan keperluan agensi regulator.


Sijil ISO 9001:2015 myTukar dikeluarkan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Skop pensijilan myTukar ini meliputi bidang pemeriksaan kenderaan terpakai melalui platform lelongan atas talian, penilaian, transaksi dan perdagangan kenderaan terpakai di ibu pejabat myTukar dan cawangannya di Glenmarie. 

Proses pensijilan ISO myTukar telah bermula pada bulan Februari 2020  dan secara rasminya diberikan kelulusan pada November 2020.  Audit tahunan diperlukan oleh sesebuah syarikat umtuk mengekalkan pensijilan.


Sebagai badan yang telah mendapat pensijilan ISO 9001:2015, myTukar telah membuktikan prosedur dan amalan Kawalan Kualitinya  di peringkat global dalam bidang – bidang berikut : 

•    membina kepatuhan tanggungjawab dan autoriti dengan jelas
•    memastikan kualiti dagangan kenderaan sebelum diserahkan kepada pelanggan
•    mengenalpasti ketidakpatuhan kualiti
•    bagi tindakan pembetulan, memastikan tindakan yang diambil dilaksanakan sebaiknya dan didokumenkan
•    mengekalkan prosedur untuk memastikan permintaan kualiti dipenuhi di semua peringkat organisasi, termasuk oleh pembekal
•    Peningkatan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 myTukar secara berterusan
 

 

“Platform atas talian myTukar yang memulakan operasi pada tahun 2018 dengan strategi pengembangan perniagaan yang agresif untuk industri kenderaan terpakai melalui pendigitalan proses pembelian kenderaan terpakai. 


Ia diwujudkan oleh para pemain industri kenderaan sebagai mengisi ruang memperkasa dan menyokong pengedar kenderaan terpakai yang lain melalui teknologi. 


Sehingga kini, myTukar memiliki sehingga 2,000 rangkaian pengedar dengan jumlah transaksi melebihi 23,000 unit kenderaan dengan nilai anggaran RM750 juta. 


Pencapaian pensijilan ini menjadi kenyataan hasil dedikasi dan komitmen kakitangan operasi dan pembekal myTukar,” tambah Fong.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…