myTukar dan Jardine Cycle & Carriage lancar jaringan perkhidmatan selepas jualan Carro Care

oleh Penyumbang Rencana|
Platform kereta terpakai dalam talian, myTukar telah mengumumkan pengenalan Carro Care, iaitu perniagaan selepas jualan yang dijana teknologi terkini menerusi kerjasama dengan Jardine Cycle & Carriage.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama strategik bernilai AS$60 juta itu bakal menggandingkan teknologi utama Carro dan pengetahuan mendalam JC&C mengenai pasaran serta infrastruktur mereka yang lengkap.

Carro Care menjadikan Singapura dan Malaysia sebagai lokasi tumpuan awal dan pelancaran pertamanya di Malaysia.

Dengan ini, pusat-pusat baik pulih dan servis kereta myTukar akan dijenamakan semula dan dilengkapi dengan teknologi menyeluruh Carro.

SV Balasubramaniam, dengan pengalaman beliau lebih daripada 30 tahun dalam industri automotif, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Carro Care.

 

2
SV Balasubramaniam

 

Tambahan, sepanjang 18 tahun, beliau telah memainkan peranan penting untuk Cycle & Carriage Bintang, dengan kepakaran khusus dalam perkhidmatan selepas jualan untuk Mercedes-Benz.

SV Balasubramaniam berkata, “Para pelanggan mencari kejujuran, kualiti, dan ketelusan dalam perkhidmatan selepas jualan untuk kereta sama ada untuk penyelenggaraan berkala atau pembaikan segera.”

“Kami yakin bahawa Carro Care dapat memberikan apa yang diperlukan oleh pelanggan dan lebih lagi: kemudahan berasaskan teknologi dan perkhidmatan terbaik yang tidak dapat disaingi pada harga yang lebih berpatutan.

“Pelanggan akan dapat tahu harga yang telus untuk perkhidmatan yang mereka perlukan dengan terlebih dahulu, serta rekod komprehensif tentang sejarah perkhidmatan dan lawatan mereka dengan kami. Carro Care pasti akan memperkukuhkan lagi tawaran kami yang sedia ada kepada pelanggan.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Carro, Aaron Tan berkata, “Melalui kerjasama dengan JC&C, kami yakin bahawa kami boleh terus mendahului dan memperkukuhkan industri ini di samping menambah baik proses pemilikan kereta secara menyeluruh bagi pelanggan kami.”

 

Penulis: Firdaus Razani

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…