myTukar Certified dilancarkan, pensijilan jaminan baharu dari myTukar

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Salah satu syarikat kereta terpakai digital yang berkembang pesat, myTukar baru-baru ini telah melancarkan myTukar Certified, teknologi pensijilan setem jaminan yang disokong untuk kereta terpakai.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Dengan 100% ketelusan, maklumat terperinci dan pemeriksaan standard, pensijilan ini adalah janji kualiti dan jaminan bahawa kereta terpakai juga "Baik Seperti Baru".

Pensijilan jaminan tersebut merupakan salah satu inisiatif oleh Carro, syarikat induk myTukar, untuk memperkenalkan Carro Certified merentas semua pasaran utama, termasuk Singapura, Indonesia, Thailand dan Taiwan.

Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng berkata, “myTukar Certified adalah satu langkah penting ke arah mentakrifkan semula amalan industri sedia ada dalam industri kereta terpakai."

"Kami berhasrat untuk mengurangkan kebimbangan pembeli kereta terpakai dan komited untuk menukar persepsi kenderaan terpakai."

"myTukar Certified memastikan pelanggan boleh membeli kereta pra-milik yang sama baik seperti baru tanpa menjejaskan kualiti, nilai, dan piawaian keselamatan.”

 

2

 

Antara titik dan kunci utama myTukar Certified ialah seperti berikut:

  • Pemeriksaan 160 bahagian – penilaian menyeluruh dan baik pulih bahagian mekanikal kereta serta butiran mengenai kawasan utama: luaran, dalaman, ujian jalan, keselamatan dan bahagian bawah badan
  • Jaminan wang dikembalikan 5 hari – bayaran balik penuh, tanpa sebarang soalan
  • Waranti 12 bulan pada kotak gear dan enjin – meliputi kos pembaikan dan penggantian, termasuk alat ganti dan kerja pembaikan
  • Tiada gangguan perbatuan – jaminan tiada gangguan perbatuan
  • Tiada kemalangan besar, kebakaran dan kerosakan banjir – 100% ketelusan melibatkan data tentang sejarah penggunaan kereta sebelum ini, sebarang kerosakan, kemalangan atau pembaikan dibuat oleh pemilik terdahulu

myTukar memanfaatkan penyelesaian termaju Carro seperti keupayaan AI (Kecerdasan Buatan) yang didayakan oleh penglihatan komputer untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu dalam kenderaan.

Ianya disokong oleh pasukan mekanik dalaman untuk memastikan semua pemeriksaan dilakukan, dimana myTukar turut melangkaui peringkat pembelian, dengan perkhidmatan penjagaan selepas jualan tersedia untuk pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Filem pendek berdurasi 90 saat yang bertajuk ‘Generasi Tukar’ (Tukar Generation) itu telah…
Berita Domestik
Carro yang juga merupakan syarikat induk bagi myTukar juga telah melebihi sasaran keuntungan untuk…
Berita Domestik
Dengan perjanjian bersama EBC termasuk myTukar, MUV dan CARSOME, Proton yakin ia merupakan langkah…