myTukar catat pendapatan dua kali ganda Q1 2021, transaksi bernilai RM1 bilion sejak tahun 2018!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat myTukar Sdn Bhd sebagai platform perdagangan kenderaan terpakai atas talian paling pantas berkembang di Malaysia hari ini mengumumkan prestasi perniagaan bagi suku pertama tahun 2021 (Q1 2021).
Modenas

Dalam tempoh tersebut, myTukar telah berjaya mencatatkan pendapatan dua kali ganda tahun-ke-tahun dan mereka menjangkakan pertumbuhan yang menguntungkan untuk sepanjang tahun 2021.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, myTukar kini mempunyai lebih daripada 2,100 pengedar berdaftar, dan tujuh belas pusat pemeriksaan yang dibuka setiap hari bagi menguruskan lebih daripada 40,000 unit kenderaan bernilai RM1 bilion.

Antara langkah yang telah diambil oleh myTukar sepanjang Q1 2021 termasuklah:

  • membuka tujuh pusat jualan myTukar baharu di seluruh negara termasuklah di Malaysia Timur
  • melancarkan Pusat Pengalaman Jualan yang boleh didapati di pusat membeli belah utama
  • melaksanakan myTukar AI, teknologi pemeriksaan kenderaan autonomi yang menampilkan sistem Pengesanan Kecacatan Kereta dan Pengaburan Plet Kenderaan

 

 


Menurut Fong Hon Sum, CEO myTukar berkata, "pelbagai pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini, dan ini mencerminkan semangat mendalam pasukan kami dalam mengubah industri kenderaan pra-milik di Malaysia.

"Kami berasa terhormat kerana mempunyai penyelesaian inovatif yang dapat mengubah pengalaman dan perjalanan untuk para pelanggan kereta terpakai.

Informasi lanjut berkenaan myTukar boleh didapati menerusi laman web interaktif www.myTukar.com atau talian 1800-22-5999.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Aaron Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Carro berkata, "ini merupakan satu…
Berita Domestik
PolicyStreet.com dimiliki oleh Polisea Sdn Bhd, syarikat Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan…
Berita Domestik
myTukar contohnya mempunyai lima sebab utama yang anda perlu timbangkan bila anda hendak membeli…