myTukar buka tiga buah lagi cawangan di Melaka, Pulau Pinang dan Ipoh

oleh SALINA JALIL|
myTukar Sdn Bhd, platform jual-beli kenderaan terpakai secara atas talian telah membuka tiga buah lagi cawangan pada bulan Septembar lalu di Melaka, Pulau Pinang dan Ipoh.


Empat lagi cawangan baru disasarkan untuk dibuka pada suku keempat tahun 2020 yang menjadikan 16 buah cawangan baharu myTukar untuk seluruh negara.


Usaha pengembangan ini disokong oleh CARRO, platform berteknologi tinggi untuk pusat jualan automotif Asia Tenggara yang berpengkalan di Singapura sejak bulan September 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Platform berteknologi inovatif yang mula beroperasi pada tahun 2018 ini sedang mengembangkan perniagaan khusus untuk industri kenderaan melalui proses pembelian digital. 


Sehingga kini, sebanyak 2,000 pengedar MyTukar telah melakukan urusan jual-beli untuk lebih dari 23,000 buah kenderaan dengan nilai anggaran sebanyak RM750 juta.

 

Empat lagi cawangan baharu bakal dibuka pada suku keempat tahun ini termasuklah cawangan kedua di Johor Bahru dengan keluasan 29,000 kaki persegi. 


Ia bakal menjadi hab myTukar untuk Logistik Bahagian Selatan dan hab utama untuk pemeriksaan kereta. 

 

 

Cawangan-cawangan lain terletak di bandar-bandar kedua sekitar Semenanjung Malaysia, iaitu di Kuantan, Batu Pahat dan Seremban. 


Cawangan-cawangan sedia ada myTukar terletak di Glenmarie Puchong (Hab Logistic Bahagian Tengah dan cawangan kedua Puchong), Selayang, USJ (Hab Logistic Kawasan Tengah dengan ruang 40,000 kaki persegi)  Cheras, Klang, Kajang dan Johor Bahru; termasuk tiga cawangan terbaharu di Melaka, Pulau Pinang dan Ipoh. 


Setiap satu cawangan myTukar boleh menempatkan sehingga tiga buah kenderaan pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti WiFi percuma, hidangan ringan dan ruang menunggu yang selesa. 


Pemeriksa berkelayakan dan profesional juga ditempatkan di setiap cawangan untuk melakukan pemeriksaan 158 - poin yang komprehensif dan penilaian dalam jangka masa lebih kurang 30 minit. 


Apabila beroperasi sepenuhnya, 16 buah cawangan ini mampu menguruskan sehingga 300 unit kereta sehari.

 

 

CEO myTukar, Fong Hong Sum berkata “Pembukaan sejumlah cawangan baru myTukar merupakan satu titik penting untuk myTukar sejak beroperasi pada tahun 2018.  Misi utama adalah untuk mendigital dan mentransformasikan cara tradisional penjualan kenderaan terpakai. Ia bertujuan untuk memperkuat dan membantu pengedar-pengedar kenderaan terpakai yang lain melalui platform teknologi."

 

Strategi pengembangan di seluruh negara adalah selaras dan bersesuaian dengan strategi CARRO Group yang ingin terus meluaskan dan mendigitalkan perdagangan kereta di rantau Asia Tenggara. CARRO Group merupakan pusat jualan kenderaan terbesar di Asia Tenggara dan ketika ini ia sudah bertapak di Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia.


Kolaborasi stategik myTukar telah bermula semenjak dua tahun lalu dan telah melancarkan Program Wakil Penjual Dinamik myTukar (myTukar Dynamic Dealership Programme); sebuah skim pembiayaan kewangan inovatif dengan kolaborasi bersama CapBay. 

 

mytukar

 


Skim RM300 juta ini membantu pengedar kenderaan terpakai di Malaysia. Selain itu myTukar juga menjalinkan kolaborasi bersama SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center. Platform ini adalah untuk memastikan para pelanggan SISMA Auto mendapat harga terbaik melalui proses digital sepenuhnya

 

Kolaborasi terbaharu myTukar adalah platfrom integrasi bersama Sime Darby Auto Selection dalam pengurusan inventori tukar-beli kenderaan yang lebih cekap di samping bertukar pengetahuan dengan membawa masuk para pemeriksa daripada Sime Darby Auto Selection

 

“Inisiatif-inisiatif utama yang dilancarkan semasa pandemik Covid-19 membolehkan perniagaan kembali pulih dan meningkatkan industri automotif di Malaysia. Sebagai platform perdagangan kenderaan terpakai yang pesat berkembang di Malaysia, myTukar terus komited dalam menyediakan pengalaman atas talian yang terbaik, memacu inovasi digital dan menawarkan sokongan kukuh terhadap ekosistem kereta terpakai,” tambah Fong.

 

Careta pernah menghasilkan video bagi mereka yang masih tak faham process transaksi di myTukar, jemput lihat video di bawah ini:-

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…