MyTukar - bayaran dalam tempoh secepat masa 24 jam!

oleh SALINA JALIL|
Antara masalah dalam proses jual beli kenderaan terpakai adalah nilai "trade-in" kenderaan lama anda yang rendah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Jika kita ingin menjual kenderaan kita sendiri, pelbagai masalah akan melanda. Di bawah adalah senario yang mungkin anda akan hadapi.

 

1.    Kesuntukan masa 


Dengan kekangan masa yang disebabkan oleh komitmen kerja dan keluarga, sedikit sukar untuk anda mencari kedai yang mahu membeli kenderaan anda.

 

2. Lokasi membataskan peluang menjual


Semestinya, kita hanya mampu mencari pembeli dari kawasan kita tinggal. Contohnya, kalau anda duduk di Kuantan, ia agak sukar untuk anda ke Kota Bahru untuk menjual kenderaan anda? Ini bermakna peluang untuk anda menjual kenderaan hanya terhad di kawasan tinggal anda sahaja.
 

 

3.    Jualan online yang melecehkan


Jika kita menjual kereta melalui online, proses penukaran nama melalui Puspakom dan JPJ adalah rumit. Selain itu, pembeli mempunyai akses terus untuk menghubungi anda dan jika pembeli ialah sejenis yang cerewet, ia mungkin akan menganggu privasi anda. 

 

4.    Risiko ditipu


Kita selalu dengar mengenai kes pemilik kenderaan ditipu oleh pembeli. Contohnya, kes kenderaan yang dibawa lari ketika pandu uji sebelum pembayaran hingga ke kenderaan yang lesap sebelum nama ditukar dan hutang di bank belum dilangsaikan.

Semua ini adalah masalah yang selalu berlaku dalam jual beli kenderaan terpakai. Igauan ngeri yang memang mudah untuk jadi kenyataan!

 

 

MyTukar, sebuah platform jualan kenderaan yang boleh memberikan solusi terbaik bagi masalah-masalah di atas.

Semasa artikel ini ditulis, platform MyTukar telah berjaya menjual:

  • 16,311 unit kenderaan
  • RM473,147,250 nilai terkumpul kenderaan yang terjual.
  • Lebih dari 1,500 pengedar kenderaan terpakai berdaftar dalam sistem MyTukar

 

Jadi apakah itu Mytukar?

 

- Platform menjual kenderaan di mana kenderaan anda akan dibida oleh lebih dari 1,500 pengedar kenderaan terpakai di seluruh Malaysia.

 

- MyTukar menjual kenderaan anda terus kepada kenderaan terpakai, jadi nilai kenderaan anda boleh mencapai sehingga 25 peratus lebih tinggi dari nilai trade in.

 

- Anda boleh menyaksikan kenderaan anda dibida secara langsung dan harga terbaik yang ditawarkan. 

 

- Jika anda tidak mahu menunggu bidaan terbaik, anda boleh jual terus kepada MyTukar dengan harga yang dipersetujui.

 

- MyTukar boleh membuat pembayaran penuh untuk kenderaan anda dalam masa 24 jam (jika kenderaan tidak lagi berhutang dengan pihak bank)

 

- Semua urusan penukaran nama dan pembatalan insurans dilakukan oleh MyTukar dan anda tidak perlu pergi ke JPJ.

 

Anda boleh menghantar kenderaan anda untuk pemeriksaan di cawangan Mytukar di Glenmarie, Cheras, Johor Bharu, Puchong, Selayang, Klang dan Kajang.

 

Jadi sekiranya anda mahu menjual kenderaan terpakai, anda boleh mencuba MyTukar sebagai platform terbaik anda. Hubungi mereka di 03 - 5569 0999 atau 016 - 285 9429 atau 010 - 982 1299 atau layari laman web mereka untuk membuat janji temu: www.mytukar.com

 

makan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…