MyPUSPAKOM kini di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis

oleh Afandi Che Muhamad|
Bermula Mac ini, pelanggan PUSPAKOM di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis boleh membuat temu janji pemeriksaan dalam talian melalui laman web www.mypuspakom.com.my atau menerusi aplikasi MyPUSPAKOM yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Dengan menggunakan sistem MyPUSPAKOM, pelanggan bukan sahaja boleh membuat temu janji malah boleh membuat bayaran secara dalam talian.

Pelanggan yang membuat temu janji menggunakan sistem MyPUSPAKOM hanya perlu membayar caj pemprosesan sebanyak RM3.50. 
 
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail berkata, pelancaran tersebut bertitik-tolak daripada perlaksanaan sistem sama di Lembah Klang tahun lalu.  
 
“MyPUSPAKOM yang dilaksanakan di Lembah Klang sejak enam bulan lalu telah menerima banyak maklumbalas positif daripada pelanggan. Rekod kami menunjukkan hampir 30,000  pelanggan dan syarikat telah berdaftar dengan MyPUSPAKOM dalam tempoh enam bulan tersebut. 
 
“Pelanggan kini boleh membuat temu janji dan pembayaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan hanya menggunakan peralatan mudah alih atau telefon bimbit. Dengan memanfaatkan teknologi digital di era perniagaan baru, pengenalan MyPUSPAKOM adalah sangat tepat di mana pelanggan boleh mengawal proses temu janji dengan memilih slot temu janji sehingga enam bulan ke hadapan,” katanya.

Jelas Shukor, sistem tersebut membolehkan pelanggan menyusun temu janji secara lebih terancang selain dapat mengetahui caj sebenar pemeriksaan yang mana ia membantu mengelakkan pengaruh luar selain menghapuskan risiko dikenakan caj perkhidmatan tinggi oleh orang tengah atau pun pihak luar.

Setiap transaksi yang berjaya akan diberikan satu kod QR pada tarikh temu janji, pelanggan hanya perlu memandu ke lorong temujanji yang ditetapkan dan imbas kod QR di tablet atau terminal pengimbas dan pemeriksaan dilakukan.

Melalui sistem berkenaan, pemeriksaan hanya mengambil masa kurang dari satu jam bermula daripada masa mengimbas kod QR dan pelanggan-pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk pemeriksaan kenderaan mereka.
 
Berikut adalah ketetapan pelaksanaan MyPUSPAKOM di negeri-negeri berkenaan:

Pelanggan yang hadir secara 'walk-in' tetap akan diterima. 
 
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Bantuan Khidmat Pelanggan, 1-800-22-2210 atau laman sosial di www.facebook.com/puspakomvehicleinspection

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
  Keputusan tambahan hari operasi ini adalah susulan maklum balas yang diterima semasa Puspakom …
Berita Domestik
Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi usaha berterusan daripada PUSPAKOM dalam mencapai integriti yang…
Berita Domestik
PUSPAKOM Sdn. Bhd. (PUSPAKOM) kini telah memperkenalkan sistem temujanji pemeriksaan atas talian…