MyMAP - sistem penarafan keselamatan khusus untuk motosikal

oleh Mohamad Hanif|
Minggu ini, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan tahap keselamatan kenderaan melalui pelbagai inisiatif Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dari aspek keselamatan kenderaan, pengguna jalan raya dan infrastruktur.
Modenas

Antara projek yang telah dikenalpasti adalah program penafaran keselamatan yang khusus untuk motosikal dikenali sebagai MyMAP.

Sama seperti program ASEAN NCAP, MyMAP merupakan sebuah program penarafan tahap keselamatan motosikal di mana ia secara tidak langsung akan memberikan informasi keselamatan kepada para pembeli berhubung produk-produk baharu yang memasuki pasaran.

Antara skop yang dirangkumi termasuklah kesesuaian pengeluaran, adaptasi peraturan  United Nations Economic Commission for Europe (UNECE), serta penekanan terhadap ciri keselamatan seperti brek anti-kunci (ABS) dan kawalan cengkaman (TC).

Harus diingat, sehingga kini ciri-ciri seperti ABS masih lagi belum diwajibkan untuk model-mdel baharu di Malaysia, khususnya bagi kategori suku liter, hanya boleh didapati pada jentera yang lebih besar sesarannya.

Namun, tindakan sesetengah pengeluar untuk mula melengkapkan ciri keselamatan ABS pada model-model skuter dan streetbike bersesaran yang lebih rendah seperti yang ditunjukkan baru-baru ini harus dipuji bagi memberikan kesedaran tentang pentingnya ciri tersebut untuk motosikal jalanan.

Add new comment